Saturday, May 26, 2012

Come Back Entry !!

Heyya..!! It's been almost a year I tak update blog ni..Kalau tanam pokok pon agaknya dah boleh dapat makan hasilnya kan. Nak-nak pokok tauge berpuluh-puluh generasi kau. Ehe. Last entry masa bulan puasa tahun lepas. Sekarang dah bulan rejab tak lama lagi nak puasa lagi. Memang hampir setahun tiada entry baru walaupun berbagai-bagai kesah yang berlaku dalam tempoh ni. Kononnya busy laa sangat sampai tak de masa nak berblog kan. (Ye ke.? Mungkin jawapan yang lebih tepat adalah MALAS. Haha). Mari kita list ape yang berlaku sepanjang tempoh ni.


  • Hari Raya Aidilfitri yang gemilang kerana hari raya terakhir sebagai anak dara. (Gemilang laa sangat kan..)
  • Memenuhi undangan penyatuan coursemate sambil menceduk idea untuk majlis sendiri. Ehe
  • Persiapan majlis kahwen yang memenatkan merangkumi pembuatan bunga telur secara sendirian berhad, menempahkan baju nun jauh di negeri orang, mentranformasi bahagian backyard yang menjadi singgahsana juga memprosesan pelamin
  • Raya Aildiladha yang membosankan dengan hanya berada di depan TV
  • Pembukaan resto exclusive G Laila Cafe & Restaurant 
  • Pertukaran status kedua yang membawa kepada dunia baru. Penambahan tanggungjawab mula dirasai tetapi kelengkapan hidup semakin digapai. (Cewah..Ayat tak hengat..Haha)
  • Dalam proses pertukaran status kali ketiga yang akan melibatkan perubahan fizikal yang ketara. Alhamdulillah. Si kecil bakal datang melengkapi hidup kami
  • Perhijrahan habitat baru demi masa depan yang lebih baik
  • Kepulangan ke kampung halaman bagi mengamit selera tekak yang semakin mengada
  • Bermulanya suatu pencarian pintu rezeki bagi memantapkan ekonomi keluarga. Dengan harapan The Kayla Lenshop boleh membantu menampung nafsu shopping yang membuak-buak.