Friday, February 25, 2011

Awak dan Rokok

Saya tak paham kenapa awak mesti merokok.? Sejak bila.? Kenapa saya tak tau.? Dulu bila saya bau rokok saya tanya awak tapi awak tak ngaku. Tapi saya memang dpt rasakan yang awak memang merokok bila selalu sgt sy jmp lighter. Tapi sebab saya percaya awak saya terima apa yang awak cakap. Bila saya tanya banyak kali awak marah. Awak fikir saya nak desak awak. Tapi awak tak faham. Saya cuma taknak awak tipu saya.

Kenapa mesti merokok.? Sebab stress.? Kalau awak stress kenapa awak taknak share ngan saya. Saya tak layak ke.? Awak mungkin lupa yang awak dah janji dengan saya takkan merokok. Tapi awak buat jugak. Takpelaa.. Siapalah saya nak halang awak. Lgpn awak guna duit awak bkn duit saya. Awak yang keje penat2 nak dpt kan duit tuh kan. Saya ni tak bekerja. Saya takde hak nak larang awak beli rokok ngan duit awak sendiri.

Tapi kenapa awak tak pernah tanya kenapa saya tak bagi awak merokok.? Saya tak bagi awak merokok sebab saya sayang awak. Saya taknak awak kena penyakit macam gambar2 kat kotak rokok tuh. Bila saya cakap awak gelak je. Saya serius. Saya sayang awak lebih dari yang lain. Awak fikir saya sanggup ke tengok kalau awak sakit. Kalau awak sakit saya pon sakit tau.

Awak tak pernah tau betapa rasa bersalahnya saya bila awak merokok. Saya selalu fikir saya penyebabnya. Saya selalu tinggalkan awak. Mungkin bila saya takde awak takleh nak share problem ngan saya. Bila awak call saya, saya pulak asyik cerita pasal problem saya. Sedangkan awak lebih senang memilih rokok. Kalau lah betul saya penyebabnya saya mintak maaf. Walau jauh saya memang selalu ingat awak sebab tu saya pilih untuk share problem saya dengan awak. Saya harapkan tiada rahsia antara kita. Semua masalah kita kongsi bersama.


Saturday, February 19, 2011

Yuna Junior


Aleesya pakai legging ngan high cut shoes + shawl. Daddy cakap macam Yuna lah..^_<




Monday, February 14, 2011

Hari Kekasih Alief

Bestkan berkongsi hari jadi dengan hari kekasih. Rasa macam ramai orang celebrate birthday kita. Walaupun hakikatnya kita memang takleh celebrate hari tu kan. Tapi macam rugi jugak bila hadiah digabungkan. That's mean cuma dapat 1 je laa hadiah kan. Kira sekali harung je laa. Kalau birthday hari lain maybe akan dapat 2 hadiah. Haha.(Terbongkar ketamakan saya di situ..)

Berpulang kepada topik, hari ini adalah hari jadi Alief aka Abg Long aka Superhero Ultraman Gaia yang ke 4. Seperti biasa sambutan mesti nak over punya. Padahal ntah berapa kali setahun ntah nak celebrate birthday dia. (Yang ni ikut perangai Cu dia. Celebrate birthday berkali-kali setahun tapi umor maintain 20thn je..Walaupun dah kertu kan..Haha)

Mesti ada kek superhero walaupun kecik

Abah tok sebagai ketua ya. Bukan untuk nyanyi lagu Selamat Hari Raya tapi untuk Selawat Nabi.

Cameraman Profesional itu juga mesti ada.

Saturday, February 12, 2011

Saya Nak Mintak Kerje Cik!!

Agenda Hari Ini : Sesi Meminta Kerja
Tempat : Grand Blue Wave Hotel (Area Stulang)
Tarikh : 12 Februari 2011
Masa : Registration 8.30a.m - 12.00noon (Tapi saya sampai kol 9++..haish!)
Jawatan : Kerja jalan-jalan sambil layan orang
Pakaian : Business Attire - Knee length skirt (Sepatutnya se'vogue' mungkin tapi saya pakai biasa-biasa je.)
Make up : Harus nampak sophisticated (Saya sungguh natural hari ni..)
Requirement : Recent passport photo, Full body length photo, original and copy of CV, certificates and I/C (Semuanya beres..)



Wednesday, February 9, 2011

Gila Makan Family

Family saya memang kuat makan kecuali saya..(xnak ngaku tuh.haha). Lebih-lebih lagi kalau dh berkumpul reramai. Acara utama ialah makan, makan dan makan. Mereka akan membedal apa jua jenis makan yang ada tapi menghiraukan risiko terkena diarrhea. Ya mereka memang jarang terkena penyakit itu. Mungkin sebab sentiasa mementingkan kebersihan atau mungkin juga sebab kulit perot kami memang lasak sebab dah selalu jumpa berbagai jenis makanan. ^_^

Nasi Dagang sememangnya menu terfavorit bagi family saya. Satu hari 3-4 kali makan benda tu pon tak kesah. Entah mengapa semua orang minat sangat. Mungkin sebab itulah specialty mama saya. So bagi bakal menantu sila take note ye. Anda juga harus berusaha untuk minat nasi dagang ya. Selain itu, family saya juga sangat berminat dengan makanan yang di'grill'. (Style orang puteh laa plk kan..) Tak kira laa daging lembu ke kambing mahupun ikan. Semuanya disambut mesra oleh perot-perot kami.


Picnic di luar rumah




Thursday, February 3, 2011

Penebang Pokok Terseksi

Biar betol..!! Ya memang betol. Hari ni saya malas nak cerita so mari kita lihat bukti bergambar ini..

Ariel Peterpan Kena Penjara, Luna Maya Menangis


Maunya tak menangis. Boyfriend tercinta tu wey. Kalau saya pon mau meraung. Kesian Luna Maya. Saya minat dia tau. Owh. Sungguh kesian mereka harus berpisah sebab Ariel telah dijatuhkan hukuman penjara 3 tahun 6 bulan dan denda 250juta rupiah. Sebagai seorang rockstar denda sebanyak tu takde masalah sangat kot tapi tempoh penjara tu agak lama jugak tu. Sabar ye Luna, lepas 3.5 tahun nanti baru awak boleh kawen dengan Ariel. Itu lah kenapa tak nak kawen awal-awal. Tapi rasanya hukuman tu cuma tinggal 2 tahun 11 bulan je kot sebab Ariel kan dah kena tahan hampir 7 bulan dalam tempoh siasatan. 


Saling berbagi sokongan. owh. sungguh sweet.


Mungkin ada yang tak suka dengan apa yang saya cakap. Tapi saya tak kesah sebab semua manusia pernah buat silap. Mungkin ini masa mereka masa kita entah bila. Saya salute dengan Luna Maya sebab walau kecoh orang mengeji dia tapi dia tak 'amik pot' pon. Orang tak bagi dia keluar TV dia still buat bisnes. Bila ada ruang dia keluar TV balik. Memang malu bila terjebak dengan kes ini tapi dia sangat tough meneruskan kehidupan dia. Dia mempunyai fighting spirit yang sangat tinggi. Mungkin sebab jalan kehidupan dia yang terpaksa berdikari sejak berusia 12 tahun setelah kematian bapak dia.