Wednesday, September 20, 2017

True Love by Katahati

Malam-malam ku tanpa mu

Dingin sejuk ku terasa 

Disini harum mu mewangi 


Sejujurnya kau selalu ada

Kau penyeri dalam hidupku

Ku kan menjagamu tiap detik waktu

Moga kita bahagia


Selamanya

Seribu batu terpisah

Takkan berubah kasihku

Hanya kau saja yang ku mahu


Sejujurnya

Kau penyeri dalam hidupku

Ku kan menjagamu tiap detik waktu

Moga kita bahagia

Selamanya


Genggam tangan ku

Jangan pernah lepaskan

Izinkan aku mencintai diri mu

Moga kita bahagia


Till the day I die

You'll be by my side

Forever you and I

Oh my love trust in me

Could this be they call

True Love



"Cinta itu membebaskan. Jika ia kembali itulah cinta sejati- Neelofa"


Monday, September 18, 2017

Dugaan atau balasan.? Kuatkan imanmu

Allah.. Ya Allah.. kau kuatkanlah iman ku.. sesungguhnya Kau yang maha mengetahui segalanya. Adakah ini dugaan buat aku supaya sentiasa mengingatiMu atau balasan Kerna sering alpa.. Allah..Allah..Allah..Aku mohon ampun dariMu..sesungguhnya aku hamba yang hina..

Friday, January 27, 2017

C I N T A

" cinta bukan hanya harapan
cinta itu satu kepastian
cinta bukan menyakiti hati "

( cinta by asmara band )
 

Friday, October 14, 2016

aku juga punya impian

ya..aku juga punya impian. sama seperti orang lain. tapi ada tanggungjawab yang perlu pengorbanan. aku hanya suri rumah tipikal. pendapatan bergantung kepada suami sepenuhnya. apa aja yang mampu. maka sedar diri lah.

Thursday, October 13, 2016

down..down..down

sape cakap hidup sebagai suri rumah ni tak stress. sometimes memang stress tahap kau rasa macam 'useless'. kau rasa down gile. hidup menyusahkan orang je. like you have nothing to proud of. sesilap laki kau pon xheran dengan kau sebenarnya. perit weh. bila mana orang mula pertikaikan apa yang kau tak mampu beli. bila mana anak kau tetiba meragam semacam kau tak reti mendidik anak. bila mana kehidupan kau terlalu 'simple' tidak sarat seperti yang lain. bila mana kau memang ada ijazah tapi seolah tidak laku cuma sekadar kertas di dinding. bila mana kau asyik di rumah bukannya sibuk di ofis, bila mana kau selalu pulang kampung tapi bukan pergi 'holiday'. bila mana badan orang lain penuh begemerlipan kau cuma punya cincin 'proposal' dan risik. (cincin tunang n kawen i simpan),

yaaa.. ketika ini memang kalau dilayan syaitan pasti galak berbisik kata2 api membakar jiwa. ini yang harus aku padamkan. tidak harus dibiar merebak. aku ingin hidup bahagia. aku ingin hidup gembira. aku tidak ingin melukai orang lain. maaf jika memang aku tidak sempurna, maaf jika aku bukan isteri yang baik.

pernah terfikir jua, aku ini tidak bekerjaya kenapa aku tidak mengikut suami ku, apakan daya. bukan semudah sangkaan kita semua. dia terkadang seperti tidak memahami atau sengaja buat alasan. hal anak memang aku sendirian. aku benci syak wasangka. aku benci.

Monday, August 1, 2016

masa isteri dan ibu

kalau dulu masa anak dara kau memang adventures rugged rock segala nak nenek extreme activities kau buat. drive sensorg kat highway dr kolej blk kg ulang alik. pastu bawak kete laju bagai pelesit. layan midnite movie lepak mcd pkl2-3 pg memang xde hal. tapi sekarang bile dah kawen, activity sosial kau memang totally berubah. sume demi anak suami tersayang. tipulaa klo aku ckp xrindu sume tu. gile rindu weh. aku rindu nak hangout ng member2. rindu nk ukur tapak shopping mall. rindu nk lepak kat tepi pantai. rindu nak baring2 kat luar duk kira bintang. rindu nk bgayut tepon berjam duk share segala probs n happiness ng bff. rindu nak g spa buat facial urut massage bagai. ape sebenarnya yang aku rindu ni.?

takpelaa.. ubat sendiri hati. kau kena berkorban demi family. suami anak itu tanggungjawab kau. mana dulu yang perlu didahulukan. harus diingat itu.

tapi kenapa hati ini degil. tak usah peduli apa yang orang berbuat. degil membiarkan setan membisikkan kata2 hasutan sehingga mencemburui orang. berasa tidak puas hati atas apa yang kau lihat dan dengar. hingga kau lupa ada nikmat masa yang patut kau hargai. ada benih kasih sayang yang perlu kau semai.

memang apa yang kau dambakan adalah masa. masa yang kononnya untuk diri sendiri. masa untuk impian yang belum tergapai. masa untuk kepuasan diri. masa untuk meraikan dan memanjakan diri. tapi masa kau bukan lagi milik kau.

usah diharap apa2. takot nanti memakan dirimu jua

Friday, June 17, 2016