Sunday, January 30, 2011

Putera Katak Sesat

Lundang : Seekor katak kembong ditemui telah sesat di sebuah bilik mandi di sebuah rumah banglo di sini. Dalam kejadian semalam, katak tersebut cuma mampu duduk bertenggek dan termenung di atas lubang saluran air. Mungkin mengenangkan nasibnya yang terdampar di situ. Katak itu dipercayai adalah putera katak dari keturunan raja-raja katak kembong. Kesahihan berita ini cuma mampu dibuktikan sekiranya ada anak dara yang sanggup mencium katak tersebut. Malangnya anak dara tuan ni tak boleh nak try cium sebabnya dah berpunya. Takot nanti betol-betol bertukar jadi putera raja nanti kena laa kawen ngan dia. Kalau camtu apa cerita putera hati anak dara tuan rumah pulak kan. Tapi kalau betul sanggup ke kau.? Owh..TIDAK!! Oleh itu, bagi anak-anak dara di luar sana yang ingin mencuba boleh laa menghubungi penulis blog. Itu pon kalau katak tu ada lagi laa.


Si Katak

Wednesday, January 26, 2011

Ultraman's Family



(Entri ini ditulis sempena hari pertama Abang Long ke sekolah. Abang Long adalah nephew saya.)


Gambar keluarga Ultraman. Maaf kualiti gambar agak kurang memuaskan.

Tahukah anda keluarga Ultraman ada 35 ekor orang kesemuanya.? Saya juga baru tau. Besar jugak family Ultraman ni ye. Ingatkan 5-6 orang je. Ultraman merupakan watak superhero bagi sebuah rancangan siri TV terbitan Tsuburaya Production. Siri ini mula diterbitan sekitar pertengahan tahun 1960an lagi. Namun hingga ke hari ini siri Ultraman masih lagi disiarkan dan diminati oleh hampir kesemua kanak-kanak termasuklah Abang Long. Memang hebat. Hampir setengah abad siri ini bertahan ya. Kalau camtu agak-agak umor si Ultraman ni brapa laa pulak. Confirm laa dah tua. Larat lagi ke nak berlawan.? "Superhero pasti menang.!" jawab Abang Long. Ceh. Nak jugak. Ok mari kita berkenalan dengan family member Ultraman..


Sunday, January 23, 2011

Bakal Suami Saya Seorang Workaholic

Encik Keroro adalah seorang jurutera. Beliau bekerja di sebuah syarikat pembinaan swasta. Kini beliau bertugas di sebuah site di Pasir Gudang. Beliau memang sangat komited yang amat terlampau terhadap kerja beliau. Beliau boleh bekerja 7 hari seminggu tanpa cuti. Walaupun beliau cuti beliau sering menge'call' pekerja bawahan beliau untuk bertanyakan perkembangan kerja beliau. Beliau juga sering pulang lewat ke rumah kerana terlalu sibuk dengan kerja. Beliau juga jarang-jarang balik ke kampung kerana jarang cuti. Lagi pula, kampung beliau agak jauh jadi tidak berbaloi kalau cuti 2-3 hari nak balik kampung. Menurut kata beliau kalau cuti seminggu baru puas. Kalau cuti 2 hari belum sempat hilang penat driving dah kena balik JB. Pernah sekali beliau mendapat MC selama 3 hari tapi beliau cuma cuti 1 hari sahaja. Hari ke-2 beliau sudah kembali bekerja. Jikalau hari ahad merupakan hari yang paling didambakan oleh semua pekerja tapi bukan bagi encik Keroro. Beliau akan tetap pergi ke kerja. Walaupun begitu, beliau akan pulang lebih awal pada hari tersebut.



Thursday, January 20, 2011

Arundina Buah Hati Baru Abah


Siapa pulak Arundina.? Cam bagus je kau nak ngorat abah aku ek.. Mentang-mentang sejak dua tiga menjak ni abah selalu take care pasal kau, bagi kau makan vitamin bebanyak kau nak ngorat abah aku pulak ek. Abah aku dah kasi kau tempat berteduh yang cukop redup tuh kau tak puas hati lagi ke.? Nak rumah baru pulak. Kau memang dah melampau ye. Kulit dah laa color purple kalau color biru macam Neytiri dalam citer Avatar tu cute laa jugak. Dahlaa tu obvious gile nampak urat berselirat je. Ape.? Tak percaya. Iye. Memang betul kulit dia color purple. Aku dah tengok dengan mata kepala aku sendiri. Walaupun mata aku rabun tapi aku tak rabun warna tau. Tak percaya jugak. Moh kita tengok gambor dia.


Kulit dia memang color purple dan jelas kelihatan urat. Mungkinkah sebab dia overdose botox.?

Eh. Dah-dah laa gosok bijik mata korang tuh. Betolkan aku cakap. Kulit dia color purple korang tak nak percaya. Ape.? Tak puas hati.? Nak tengok gambar lain. Ok.. Ok..Disebabkan yang tadi gambar close up so kali ni kita zoom out skit.


Tuesday, January 18, 2011

Mata Berbulu Palsu

Topik hari ini ialah bulu mata palsu. Nowdays bulu mata palsu ni dah macam benda yang semua perempuan wajib ada je kan. Yelaa. Bila tengok semua orang pakai takkan kita nak ketinggalan kan. Mana boleh mesti nak jugak kan. Setan dengki memang selalu muncul dalam situasi macam ni. Kekadang saya pon ikot terpedaya padahal bukan pakai sangat pon tapi sebab nak puaskan hati. Haish! Teruk betol. Nampak sangat fail nak manage nafsu sendiri. Ehe. Ok. Sila berbalik kepada topik asal. Bulu mata ni ada bermacam-macam fesyen sekarang ni. So bila nak pakai tu pilihlah yang bersesuaian dengan majlis, masa dan tujuannya ye supaya anda tidak kelihatan agak over tak ingat.



Natural.

Kristal dan Mama

Semua orang pasti mempunyai hobi dan kegemaran yang tersendiri begitu juga dengan mama saya. (Ceh.! Intro macam karangan SPM daa..Haha.) Ok. Straight to the point. Hari ni saya nak cerita pasal minat yang sangat mama saya terhadap bendalah bernama kristal. Dah bermacam-macam bentuk dia kumpul. Walaupun takde laa semahal macam kat rumah mak-mak datin tu kan tapi oklaa. Beli yang murah boleh beli banyak penoh satu umah kalau beli yang mahal dapat 2-3 bijik je. Itu namanya bijak membeli menang memakai. Toksah cakap banyak moh kite tengok collection mama.



Kristal berbentuk buah-buahan ni memang selalu menarik minat cucu-cucu mama. Mungkin nampak sunggguh menyelerakan.

Saturday, January 15, 2011

Saya Keguguran

Hah. Baru baca tajuk dah mula nak wat spekulasi pelik-pelik. Jangan nak fikir yang bukan-bukan ye. Saya bukan keguguran anak tapi keguguran rambut yang tak agak-agak sampai mak saya membebel sebab rambut saya ada di merata ruang rumah. Mungkin sekarang ni memang dah musim luruh dia kot sebab tu dia asyik gugur je.  Oklaa tu daripada musim salji. Kang memutih je kat atas bahu takleh nak pakai baju hitam pulak. Kalau musim buah pon tak guna sebab buah rambut kecik sangat tak puas nak makan. Teehee.

Thursday, January 13, 2011

Berbuah-buah Anak Buah

Ini bukan cerita pasal buah epal atau buah tembikai mahupun buah tomato. Tapi cerita pasal anak buah atau anak sedara atau jugak dikenali anak menakan. Anak buah bermaksud anak kepada adik beradik anda tak kiralah anak kakak ke anak abang ke atau anak adik anda ye.


Bercerita tentang anak buah, saya sendiri sudah mempunyai 10 orang anak buah. Cukop untuk menggamatkan rumah di kampung halaman. Bilangan ini mungkin tak seramai mana tapi ia sudah cukop untuk mengkempiskan poket bila raya menjelma. Pengalaman pertama mendapat anak buah bukanlah suatu yang agak mengujakan memandangkan masa tu umor baru je 11 tahun. Gap antara saya dengan kakak sulong memang cukop besar. (13 tahun kot.) Time tuh rasa macam ' eh btol ke aku dah jadi mak sedara nih.? muda lagi weh.? kanak-kanak lagi kot mana bleh.' haha. Cam klakar je. Takleh terima kenyataan laa tuh sebab terasa macam akan berubah jadi tua serta-merta dengan pangkat 'mak' sedara.


Wednesday, January 12, 2011

Menunggu Pagi

Apa yang terjadi dengan hatiku
Ku masih di sini menunggu pagi
Seakan letih tak menggangguku
Ku masih terjaga menunggu pagi

Entah kapan malam berhenti
Teman, aku masih menunggu pagi

Malam begini
Malam tetap begini
Entah mengapa
Pagi enggan kembali



Tuesday, January 11, 2011

Tolong Ingatkan Aku !!

Mentang-mentang lagu tu baru menang AJL25 bebaru nih saje je nak wat post title cam tu ye. Nak tumpang glemer laa tuh. Kang tak pesal Ana Raffali mintak royalti naya kang. Teehee. Actually saya bukan nak cite pasal lagu tuh tapi pasal masalah ke'pelupa'an saya yang semakin menjadi-jadi macam iklan twister tu. Adakah ini petanda usia semakin meningkat atau kesan sampingan bila otak kurang bekerja kerana hari-hari cuma tersadai di rumah.? Haish.! Perkara ini memang tidak boleh dibiarkan. Macam mana saya boleh lupa tentang hari istimewa saya hari ni. Hari ini merupakan hari anniversary saya dan encik keroro saya. Harap maklum! ^_^


Sunday, January 9, 2011

Jam Di Tangan

Di tahun baru ni terasa macam nak je jam tangan baru. Konon memberi semangat baru laa kan. Padahal bukan pakai sangat pon tapi saje nak bergaya. Tapi kalau dapat jam tangan yang cantik takkan nak simpan je kan. Kena laa pakai baru berbaloi-baloi. Saya dah usha 7-8 bijik jam ni. Cam cun je kalau dapat tapi tak tau pulak brape rega nya. Kalau ok boleh laa beli untuk wat hantaran kawin nanti.



Guess Autograph Fall/Winter Collection
(Simple tapi nampak stylo. Kalau dapat ketiga-tiga color lagi best.!)



Tag Heuer Carerra Diamond Bezel
(Agak sporty tapi masih mengekalkan sifat feminin sebab ade pink dial. Cukop cool.)



DKNY Bracelet Watch
(Gaya ladies skit ala-ala bracelet. Memang kena kalau nak bergaya ayu)



Cartier Ballon Bleu
(Mewah pada nama tapi simple pada design.)



Chopard Happy Sport
(Sport and elegant. Memang susah nak combine dua tuh tapi jam ni boleh.)



Hermes
(Simple and Classic. Saya suka!)


Louis Vuitton
(Gaya mewah tapi agak berserabut. Ayat penyedap hati sebab harga tak tercapai akalmu. huh!)




Thursday, January 6, 2011

Hantaran Kawin Makin Tinggi.?

Kalau cerita bab kahwin ni memang seronok. Kepala otak pon mula laa nak berangan macam-macam. Nak tema cam fairytale la nak cam kesultanan melayu dedulu laa. Maklum laa kahwin bukannya selalu kan. Sekali seumur hidup je lebih-lebih lagi belah pihak perempuan. (Tak termasuk orang-orang yang berstatus J & D yang kahwin lagi..) Tapi kalau cerita bab duit hantaran memasing mula laa nak berdebat. Konon pihak perempuan suka sangat nak letak duit hantaran tinggi macam nak jual anak je. Silap-silap ada jugak pihak lelaki yang mintak diskaun. Apa diorang ingat macam beli sayur kat pasar ke.? Dah ko nak kahwin ngan anak dara orang tuh ikot je laa. Bagi aku duit hantaran yang parents sekarang mintak bukan nya mahal tetapi mengikut kedudukan pasaran semasa. Bila diorg compare ngan amount duit hantaran sekarang dengan amount 20 tahun dulu memang laa jauh beza. Sebenarnya kalau difikirkan memang ada rasionalnya parents perempuan letak duit hantaran camtu. Bukan sebab aku perempuan tapi mengikut faktor-faktor tertentu macam:


  1. Kos belanja persiapan perkahwinan yang meningkat mengikut pasaran semasa.
      • Sewa khemah/dewan - Duk kampung boleh laa sewa khemah tapi kalau duk umah kuih lapis (flat/apartment) mau nya kena sewa dewan. Paling common balairaya kat kawasan perumahan
      • Katering - Orang sekarang ni dah jarang sangat nak rewang. memasing sibok cuma nak datang makan kenduri je. Apa tu rewang pon mungkin ada yang tak tau
      • Baju pengantin dan Mak Andam - Time ni laa nak tengok kecantikan dan ketampanan sebenarnya pengantin. Takkan time kahwin pon nak pakai uniform keje kot.
      • Kad Jemputan dan Doorgift - Dah tujuan kenduri pon untuk menghebahkan perkahwinan, kalau tak bagi kad jemputan mana laa orang tau kenduri ko. Dan untuk appreciate kedatangan para tetamu kena laa bagi buah tangan skit.
      • Pelamin - Kata raja sehari. Raja mestilaa ada singgah sana nya. Sehari tu je pon ko boleh merasa naik takhta, lain kali takde dah. So pilih lah singgah sana korang tu yang cantik-cantik skit.
      • Jurugambar/Video - Ini penting untuk kenangan masa tetua nanti boleh tunjuk kat anak cucu. Kalau bergaduh laki bini ke nanti boleh jugak dijadikan bahan untiuk memujuk. Bila tengok kebahagian masa lalu takkan nak merajuk lelama kot. 

  2. Takut kena fitnah

      Kekadang orang melayu ni pelik sikit. Kalau parents letak duit hantaran sikit ada pulak mulut jahat yang berbunyi konon anak dara tu dah rosak or may be tertangkap basah. Konon bila harga rendah akan memudahkan pihak lelaki bagi mempercepatkan perkahwinan mereka. Nak pulak kalau si anak dara tu berpendidikan tinggi atau keje jawatan tinggi. Kesian pihak lelaki pulak tak pasal-pasal yang kena effect



    1. Anak dara bukan barang 2nd hand

      Ada pulak segolongan parents ni letak duit hantaran kawin tinggi alasannya sebab anak mereka masih dara dan bukan barang 2nd hand. Nak pulak kalau si anak dara tu anak perempuan tunggal. Kira special laa kan. Kekadang ada jugak parents yang letak harga tinggi pada anak sulung konon tak pernah organize kenduri so main sebut je berapa. (Boleh ekk camtu.?) Bagi yang anak bongsu pon ade jugak reasonnya kenduri kawin terakhir dalam family so budget kena laa lebih sikit.

    2. Menduga kesungguhan bakal menantu

      Duit hantaran ni jugak sering dijadikan bahan ujian untuk menduga kesungguhan bakal menantu. Bila bakal menantu berjaya menyediakan amount yang diminta bermakna dia memang bersungguh-sungguh nak menyunting si anak dara. Parents pon senang hati nak melepaskan si anak dara sebab nampak macam si teruna mampu nak menanggung kehidupan si dara tambah pulak kalau yang jenis kaki shopping atau kaki melaram.


    3. Supaya si teruna lebih menghargai si dara
      Zaman sekarang ni banyak sangat kita dengar kes-kes penceraian. Baru kawin 2-3 bulan dah bercerai-berai dan hal ni memang cukop merunsingkan parents especially belah pihak perempuan. Maklumlaa kuasa talak duk kat tangan lelaki. Pada pendapat aku kalau kita saling menghargai satu sama lain penceraian ni tak mungkin akan berlaku. (kecuali kalau dah ketentuan Yang Maha Esa laa kan.) Aku rasa tak salah kalau parents perempuan letak duit hantaran tinggi sikit baru laa pihak lelaki belajar untuk lebih menghargai bakal isterinya nanti. Nak-nak pulak yang memang jenis berkira bab duit ni. Memang tak laa kan. Hehe. Bagi yang nak berlaku curang pon mungkin berfikir banyak kali. Yelaa. Dah berbelas ribu berhabis untuk bakal isteri takkan sesenang je nak cerai pastu nak kawin lain pulak. Kena kumpul lagi berbelas ribu. Memang tak berwawasan laa.


    4. Tanda penolakan
         Adat orang melayu ni memang bukan jenis outspoken, cakap suka berkias-kias. Bukan apa takut nanti tersalah cakap ada pulak yang tersinggung. Macam kes Puteri Gunung Ledang yang mintak benda-benda pelik tu. Takkan laa si parents perempuan ni nak mintak hati nyamuk jugak kot. Silap-silap nanti satu kampung boikot family diorg sebab ingat diorg sewel pulak. So bila diadaptasikan mengikut kesesuaian zaman sekarang ni, ada parents yang sengaja letak duit hantaran tinggi melangguk supaya pihak lelaki paham-paham sendiri laa yang pinangan mereka ni sebenarnya ditolak mentah-mentah. Tapi kalau si lelaki tu still mampu nak sediakan duit hantaran tu jugak maknanya parents perempuan memang kena berterus terang laa jugak.




      Kesimpulannya, jangan la cepat melenting kalau bakal mentua anda letak duit hantaran agak tinggi. Mungkin ada sebab musababnya. Sila kaji terlebih dahulu. Bagi parents perempuan pulak agak-agak laa bila nak letak duit hantaran biarlah mengikut kemampuan bakal menantu tapi nanti anak kita jugak yang susah kena kejar ngan hutang. ^_^






        Monday, January 3, 2011

        Apake Jenis Berry Anda Nih.?

        Merujuk kepada perkara di atas, saya bukan ini membicarakan tentang buah stroberi atau beluberi mahupun resberi yang terdapat dalam botol Brand's Innershine Berry Essence tuh. Saya jugak bukan nak cite pasal kambing biri-biri Mok Noh jiran kat kampung saya tuh. Tapi pasal henpon berjenama belekberi yang kini menjadi pujaan ramai termasuk anak-anak sedara sunti saya tuh. Mak sedara sunti pon minat tahap meleleh air liur jugak sebenarnya. =p.. 

        Ntah ngape semenjak dua tiga menjak hati ni macam merayu-rayu je mintak henpon baru berjenama Belekberi. (Tak sedar diri btol pdhal baru je dpt henpon baru dr Incik Keroro saya..Saya memang tamak..Haha.) Mungkin sebab dengki tengok si adik bongsu berBBM dengan si kakak sulong dalam van ke Sarikin bulan lepas. Kalo ikutkan nafsu rasa macam nak je g cucuk pinggang Maybank ATM kat depan Restoran Sarina tuh biar dia melatah terkejut sampai termuntah ribuan ringgit. Then terus ke kedai henpon kat KB Mall grab seketul belekberi idaman hati. Tapi setelah dipikir berkali-kali risau jugak takot nanti bukan duit yang dimuntahkan tapi kertas-kertas putih yang bertulis baki akaun yang langsung tak mencicah angka ribu-riban. Maka dengan itu secara otomatik terhalanglah niat saya dari bertindak kejam pada mesin ATM dan jugak pada diri sendiri. =)

        Namun yang demikian, keinginan untuk memiliki henpon idaman belekberi masih sukar dilupuskan. Nak beli sendiri di luar kemampuan diri, nak mintak tajaan Incik Keroro jawabnya memang tak laa. So sebagai inisiatif saya pon men'join' laa content contest What Berry Are You? dengan harapan dapat laa henpon belekberi sebijik. Bleh jugak melenyapkan kemengidaman hati saya ni. Contest bikinan DiGi ni telah menjanjikan sebentuk belekberi Torch 9800 berwarna merah sebagai hadiah utama. (Musykil..Klo color merah apsal dia tak panggil redberi huh.?=p) 


        Actually contest ni takde laa remeh sangat kena wat slogan bagai. Just take a quiz to get some Berrypoints. Soalan pon sume jenis kacang tanah je. Then suggest member-member korg join quiz ni jugak pastu korg cuma guess apeke jenis berry member korg tuh. Klo ape yg korg guess tu match, points korg akan lebih bertambah dan peluang untuk dapat henpon belekberi pujaan hati lebih tinggi. So bagi yang memang mengidam gile nak pkai henpon belekberi tapi tak kaya macam saya nih bleh laa try join contest nih. Manalaa tau tuah korg kan. Bleh laa bergaya ngan henpon baru di tahun baru ni. Contest ni runs until 31 January 2011 so selamat menjoin contest.

        Sunday, January 2, 2011

        Orang Bijak Tapi Bodoh

        Haih..!! Bikin spoil mood aku je. Tak paham btol laa ngn manusia skrg ni. Kata dah moden tapi mentality tahap negara dunia ke 4 agak nye. Blaja tinggi keje bagus tapi PR hampeh. Dah tak reti nak respect hubungan sesama manusia. Dah nama ko keje bahagian service maknanya ko mmg laa kena deal ngan org. So tak reti ke nak respect org yang jugak seorang manusia mcm ko. Lain laa klo ko rase yang ko tu bukan manusia. Ape ko igt ko tu katak dari planet Zadora cam cite putera katak kat tv3 tu ke.? Mimpi laa ko. Kalo btol tak pe laa jugak. Dah laa aku malas nak cite psl ko..Bikin panas je.