Thursday, December 30, 2010

Selamat Tinggal Sebuah DA5076

Hari ni merupakan hari terakhir sebuah DA5076 di rumah agam Pak Sid. Setelah sekian lama beliau terdampar kaku di situ akhirnya tiba masa yang ditunggu-tunggu oleh kesekalian ahli keluarga Pak Sid. Walaupun pemergian beliau pada mulanya tidak direstui oleh Pak Sid tetapi hasil nasihat dan pujuk rayu Kak Sah isteri kesayangannya telah membuka hati Pak Sid untuk melepaskan si DA5076 itu. Tidak dinafikan sebuah DA5076 yang berwarna torquise ceria itu memang amat berjasa kepada keluarga Pak Sid. Kehilangan beliau dikhuatiri akan memberikan impak yang besar kepada segelintir anak-anak Pak Sid terutamanya sang Kakak yang sulung. Sebuah DA5076 merupakan mesin bergerak pertama yang berjaya dikendalikan oleh sang Kakak untuk bepergian kesana kemari. Kira zaman kegemilangan laa tuh. Semasa muda, sebuah DA5076 memang digilai ramai tetapi setelah berlaku beberapa peristiwa menyebabkan beliau lumpuh maka beliau tidak lagi dipedulikan. Perkara ini amat menyedihkan Kak Sah sehingga dia mengambil keputusan untuk melumpuhkan lesen bergeraknya bersama sebuah DA5076. Kelumpuhan beliau pernah cuba difisioterapi dan hampir membuahkan hasil namun kejayaan beliau bergerak tidak mampu bertahan lebih lama. Beliau sekali lagi lumpuh dan kali ini lebih parah sehingga beliau hampir-hampir direnovate menjadi villa kepada ayam-ayam ternakan Kak Sah. Walaupun demikian, hasil rawatan terakhir tadi (sebelum pemergian beliau) yang telah dilakukan oleh doktor Majae telah menemui kesan-kesan peninggalan si tikus. Haish..!! Sudah berapa lama agaknya dia bertakhta di situ.? Sebagai kenangan cuma beberapa keping gambar ini sahaja yang sempat disnap semasa kepergian beliau. Bye bye DA5076.

Muka sedih sebuah DA5076 sebelum berpisah

Sesi perkenalan DA5076 bersama peminatnya

Ketampanan DA5076 berjaya menambat hati peminatnya

Monday, December 27, 2010

Sakit Gigi vs Sensodyne

Recently selalu je kuar iklan toothpaste untuk gigi sensitif kan. Sume brands pon cam berlumba-lumba je nak tunjuk yang product diorg paling hebat. Memula Sensodyne pastu Colgate then Darlie lepas ni brand ape laa plk.

Sensodyne Rapid Relief

Kehebatan toothpaste ni mmg superb sbb 60seconds after used it dah bleh rase effect dia. Biar betik.? Kenape korg tak percaya.? Btol laa. Cam dalam iklan kat tv tu ckp "dalam masa 60 saat je saya boleh makan makanan yang kegemaran saya" (igtkan aku je yang fail bahasa, model iklan pun sama ekk..hehe). Mengikut sumber dari customer tegar toothpaste ni mmg berkesan. Bagi yang selalu sakit gigi (kes gigi berlobang takot nak jumpa dentist) mmg berkesan laa kalo guna toothpaste ni, korg dengan bangga nya dah bleh makan berbekas-bekas eskrem haagen dazs feveret korg. Kalo korg golongan yang kurang berkemampuan cam aku ni cukop laa sekadar berlagak dengan memakan eskrem malaysia yang dijual dalam plastik panjang tu. Harga pon takde laa mahal sangat 20sen je kot tapi macam-macam perisa ada kau. Cakap je. Nak rasa milo, kopi, sirap, anggur sume ada. Perisa asam boi pon ade weh. Ingat time kanak-kanak dulu balik je skolah tengahari pepanas tuh mmg slalu bedal eskrem ni. Kalo kat kedai blakang skolah tu ade jual jenis yang bleh patah dua kat tengah. So kalo tak cukop duit tuh bleh laa share ngan kawan.

Iqram Dinzly pun makan eskrem malaysia u..!!
(pic credit to matkepoh.com)     


 Iskh cite pasal eskrem plk. Ok sila berbalik kepada topik asal tadi ya. Tak dinafikan toothpaste ni mmg bagus tapi sorry to say klo korg salah paham tentang penggunaan toothpaste mungkin boleh memudaratkan diri korg sendiri. Berdasarkan kes yang terjadi kepada orang terdekat aku, dia mmg slalu guna toothpaste ni utk menghilangkan sakit gigi tapi at the end berlaku infection yang menyebabkan bahagian dalam tekaknya bengkak dan bernanah sehingga menyukarkan beliau bernafas. Benda ni berlaku kerana beliau fikir bila sakit gigi tiada maka settle laa problem sakit gigi beliau dan tidak perlu lagi bertemu dentist. Walhal gigi telah sedia berlubang tu akan lebih terdedah kepada infection. Tambahan pula dengan habit beliau yang suke makan dan mencungkil gigi. Disebabkan perkara sebegini beliau terpaksa direhatkan di wad selama hampir 2 minggu ditemani makcik misi yang garang tak bertempat. (Itulah..kan dah kena tinggal. Sume org g kuching tapi awak duk hospital plk..uhu). As a conclusion, toothpaste ni cuma bertujuan untuk mengurangkan sakit gigi korg tuh before berjumpa dentist bukan penyelesaian kepada sakit gigi. Sila paham ye. Moral of the story, jika sakit gigi berdatinglah dengan dentist anda. Jangan takut kerana dentist cuma berminat dengan gigi berlubang bukan lubang hidung anda



p/s: Entri ini bukan bertujuan untuk memburukkan produk ini tetapi untuk memberi pendedahan kepada pesakit gigi tentang keburukan sekiranya mereka enggan berketemu dentist.


p/ss: Sekiranya anda enggan mendengar nasihat saya tadi anda mungkin ada bertemu dengan org di dlm pic di atas. So beware of this Makcik Nurse Berangin Kuskus.

Friday, December 24, 2010

Hidungku Berlari

Kenapa laa 2-3 hari ni hidung ku tak berhenti-henti berlari. Tak penat ke.? Dah 80 helai tisu aku sapu kat hidung tak dia buat-buat tak paham jugak. Still lagi nak merembes. Hadoi. Mengada-ngada pulak tu nak menutup saluran pernafasan aku. Saje nak suh aku bernafas thru mulut ek. Pastu tekak pulak mengadu sakit sebab kering.

Tuesday, December 14, 2010

Otak Lembu Sebagai Makanan

Uols penah makan otak lembu tak..? Bagi tak pernah makan confirm reaction uols berbunyi seperti Yuck..!! What the..? Eeeiii gelinye... Actually i pon cam tu jugak before this. Tapi sekali mama i masak kerutuk otak lembu dan disebabkan itu je lauk yang ada so terpaksa laa kan i try..(kantoi di situ bahawasanya saya malas masak..haha..) Disebabkan i ni memang suke 'menerai' benda-benda baru i pon terai laa otak tu dengan harapan jangan laa otak i bertukar seperti otak beliau. Bile dah makan hmm..no bad. Sedap jugak cam telor pon ade. 


Gulai Otak

Actually otak lembu ni memang famous di kalangan orang melayu minang. Kira makanan tradisi diorg la. Biasanye diorg akan masak gulai lemak known as Gulai Otak. Kalo uols nak original resipi from Indonesia boleh tengok kat blog Chef Hendry Muchlis. Jangan ingat orang melayu je makan otak lembu tau. Omputeh pon makan jugak tau. 
Before makan : Eww..!! Apekah..? Owh tidak sanggup..
After makan : Hmm..cam sedap jugak..haha.. 

Wednesday, December 8, 2010

Bukan Soalan SPM



Tika serba itu salah..
Bagaimana harus.?
Apakah begini atau begitu.?
Mengapa ini.?
Kenapa sedemikian.?
Siapa khilaf.? 
Bila akhirnya.?
Di mana solusi.?


 PERHATIAN: Ini BUKAN soalan SPM..

Tuesday, December 7, 2010

Saya Seorang Newbie!!

hello kawan.
saya seorang newbie di alam maya belog ini. owh!! sungguh skema ayat saya. (supaya jelas kelihatan seperti budak baru yang nerd dan penuh kepura-puraan konon cam bagus..haha.) . harap sila beri tunjuk ajar agar saya tidak menjadi kurang ajar.