Monday, August 8, 2011

Menu tak bersalah

Dengan tiada sebarang rasa bersalah dan belas kasihan terhadap perut yang meragam malam semalam juga terhadap entri tentang makan sihat saya dengan selambanya hari ini telah memakan menu yang jelas kurang bagus.

Menunya adalah seperti berikut:
Sahur - nasi putih sesenduk bersama telur mata goreng separuh w/o telur kuning + kicap + sos tomato dan the o panas + air masak 3 mug

Berbuka - air milo sekotak + 3 teguk 100plus + roti bun gardenia + 1/4 dunkin donut (tiada nasi ya!!)

Supper - colek ayam 2-3 ketul (hakikatnya tulang ayam je xde isi bersama keropok) + twisties lemau yang malam semalam + air masak 1 mug.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, August 7, 2011

Makan cara sihat

1. Makan pelbagai jenis makan
- Jangan asyik nak makan ikan je..Tak cukup zat laa. Kekadang kena jugak makan ayam

2. Kekalkan berat badan unggul
- Imbangkan pengambilan makanan dan aktiviti fizikal

3. Pilih makanan bijirin dan kekacang
- sumber karbohidrat kompleks dan serat

4. Makan lebih buah-buah dan sayur
- sumber mineral dan antioksida juga mengelak sembelit

5. Pilih makanan rendah lemak dan kolestrol
- lebih baik rebus, panggang dan kukus
- kurangkan memakan organ dalaman

6. Kurangkan gula dan garam
- Gantikan desert dengan buahan segar

7. Minum banyak air
- sekurangnya 8 gelas sehari

8. Ambil makanan bersih dan selamat
- basuh tangan sebelum makan


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, August 6, 2011

Butterfly in stomach

Tarikh: 6 Ogos 2011 (Hari ke-6 puasa)
Masa: Pagi hingga ke waktu berbuka
Situasi: Sakit perut yang memenatkan
Tempat: Antara tandas rumah dan R&R
Akibat: Makan berbuka dari Bazar Ramadan Kipmart Masai (semalam)
Pengajaran: Masak sendiri juadah berbuka
Kesimpulan: Everything kat Kipmart Masai tak sesuai dengan perut saya. Sekian terima kasih
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, August 3, 2011

Quote hari ini

Ya laa intan payung gunung meletop, apa nak je semua dapat..



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, July 29, 2011

Susah tido apa nak buat.?

Semenjak dua menjak ni saya nampaknya mengalami masalah tidur yang hampir-hampir kronik. Selain tempoh yang selalu terover, masa tido juga tunggang terbalik. Di waktu sepatutnya saya tido mata saya tetap segar bugar. Di kala saya harus beraktiviti mata mula kuyu tak berdaya. Haish.. Jadi apa saya harus buat untuk mengatasi masalah ini.? Mungkin cara-cara ini boleh membantu.

1. Baring di bilik tidur sambil mengira biri-biri
2. Elakkan menonton tv 30minit sebelum tidur
3. Hindari minuman berkafein
4. Dengar bunyi-bunyi yang mendamaikan dan tenang seperti muzik instrument
5. Minum segelas susu sebelum tidur
6. Amalkan teh chamomile
7. Berendam dalam air hangat + lavender oil



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, July 10, 2011

Hari Ini Hari Dia

P/S: Entri ini hanya sesuai untuk orang-orang yang berjiwa romantis sahaja kerana mungkin mengandungi unsur-unsur yang boleh menyebabkan anda muntah hijau.




10 Julai muncul lagi. Ada apa dengan  hari ini.? Hari ini hari dia. Siapa dia.? Dia, the adorable, good looking and owh so amazing my Encik Keroro. (Hari ni birthday dia so kena ampu lebih skit..Ehe). Happy birthday my darling !! Sebelum tu sorry sebab konon nak surprisekan dengan cupcakes buatan sendiri sekali kek tak jadi laa pulak. Mungkin sebab saya kemut nak belikan awak present so thats why kek tu pon taknak menjadi. (Tolong jangan salah faham, saya bukan taknak beli present tapi kewangan saya ni yang gawat..) Takpe nanti kita taruk icing kat atas tu takde laa nampak obvious sangat kekerasan tu kan. Lagipon yang penting ikhlas kan. Tapi jangan pulak time birthday saya awak buat camtu jugak. Belikan saya seketul handbag pon jadi laa. Ala saya tau awak banyak duit kan kan kan. Haha. Opss sudah melalut di situ. I'm sorry!! A birthday isn't complete without wishes kan. So, mari kita lanjutin ucapan Ultah buat bapak Keroro. 

My dear.. 
I may not able to give you the best gift today, but my thoughts and wishes are with you on this special day. I wish you for everything. For all your dreams to bring your joy and happiness so true. May it's help to erase all the bad things happened to you. To live my life with you is all I desire. I'm glad to have you as a part of my life. I love you abang. Let this birthday be the beginning of all your brand new happier days. Happy Birthday again my love.

Friday, June 24, 2011

Pengorbanan Seorang Isteri


Hari itu semakin hampir membuatkan saya kadang-kadang rasa nervous dan keliru juga takot. Tapi sumtimes je laa. Kekadang terlebih excited juga. (Especially bila tgk pic2 org kawen..) Hehe. Saya nervous sebab bila fikir status saya akan bertukar nanti. Saya keliru bila fikir apa yang perlu diubah dan apa yang perlu dikekalkan lepas kawen nanti. Bila semua dah jadi habit bukan senang untuk berubah bukan. Dan yang paling dirisaukan ialah saya takut saya tidak mampu untuk memikul tanggungjawab itu. Tanggungjawab yang penuh pengorbanan dan kesabaran demi kebahagiaan dan kepuasan hati si suami dan keluarga. Layakkah saya.? Kenapa saya fikir macam tu.? Sebab saya baca blog itu. Terima kasih kerana dia buat saya berfikir tentang dunia seorang isteri. Mau tau apa yang saya baca sila scroll down.




p/s: entri ini diambik dari blog nurjeehan.hadithuna.com

Sanggup berpindah dari naungan keluarga sendiri dan kemudiannya menyerahkan jiwa dan raganya kepada seorang lelaki 'asing', bukanlah satu perkara yang mudah. Walaupun lelaki itu telah dikenalnya tapi si lelaki tetap masih orang asing dalam kehidupannya.
Kini dia menyerahkan maruah dan kehormatannya kepada lelaki itu yang mungkin akan menjadi satu-satunya teman hidupnya sampai bila-bila. Ini dikira satu pengorbanan. Mungkin boleh dikatakan, inilah pengorbanan pertama yang dilakukan oleh seorang wanita bila bergelar isteri.
Kehidupan seorang isteri dalam bahtera rumah tangga selepas itu menemukan dia pada banyak saat dan ketika di mana dia melakukan pengorbanan demi pengorbanan. Kecil atau besar, sedikit atau banyak, pengorbanan pasti ada dalam kamus hidup seorang isteri.
Waktu merelakan dirinya diambil sebagai isteri, dia telah menggadai diri dan kebebasannya untuk hidup bersama suami. Tidak ada lagi kehidupan yang agak merdeka di bawah kawalan ibu bapa. Tidak lagi bebas mengisi masa bersama teman-teman. Atau memenuhi pelbagai aktiviti dan mengejar cita-cita peribadi. Semua itu tidak dapat dikecapi lagi. Dia kini sudah terikat dengan tanggungjawab kepada suami.
Kemudian isteri akan menempuh kehidupan bersama suami tidak kira bagaimana pun bentuk kehidupan itu. Liku dan ranjau di hadapan belum diketahui. Kalaupun lebih susah dari sebelumnya, isteri selalunya sanggup berkorban dan bersusah-susah demi meneruskan hidup bersama suami.
Ada isteri yang menyimpan rahsia kesusahan hidupnya dari pengetahuan keluarga. Demi menjaga maruah suami, seboleh mungkin dia akan cuba menutup kesusahan hidupnya bersama suami. Dia tidak mahu kaum keluarganya memandang rendah pada suaminya. Lebih-lebih lagi kalau kaum keluarga si isteri lebih berdarjat dari suami. Menjaga rahsia rumah tangga dan aib suami menjadi perjuangan dalam hidupnya. Hingga dia sanggup berkorban kerananya.
Kalaupun kehidupannya selepas berkahwin diliputi kesenangan, pasti ada waktu-waktunya isteri perlu dan harus berkorban. Si isteri sendiri mungkin tidak merasakannya sebagai satu pengorbanan kerana dia gembira melakukannya demi suami. Contoh paling mudah, isteri selalunya akan mendahulukan suami dan anak-anak lebih dari dirinya. Apa yang suami dan anak-anak teringin hendak makan misalnya, dia sanggup sediakan. Tidak mengapa kalau masakan itu bukan kegemarannya sendiri. Citarasa suami lebih penting dari citarasanya sendiri.
Isteri juga selalunya mendahulukan ibu bapa dan keluarga suami. Kerana baginya, memuliakan keluarga suami sama seperti memuliakan suami juga.
Kehidupan seharian dalam sesebuah rumah tangga menyerlahkan banyak pengorbanan isteri. Bersengkang mata hingga jauh malam untuk membereskan urusan rumah mungkin tidak dirasakan satu pengorbanan oleh seorang isteri. Begitu juga bangkit awal pagi untuk menyediakan juadah sarapan. Kerja-kerja itu sudah dianggap alah bisa tegal biasa. Sudah menjadi kerja rutin yang setiap hari dibuat. Tetapi semua itu menuntut masa dan tenaga.
Bermakna, isteri harus korbankan masa dan kerehatannya. Mungkin juga kesihatan. Semuanya untuk memastikan rumah yang dihuni bersama suami dalam keadaan terurus. Nyaman selesa dan membuatkan suami bahagia.
Menjelang bergelar ibu, seorang isteri akan melalui ujian dan cabaran tersendiri. Namun, rasa bahagia mengandungkan anak hasil perkongsian hidup dengan suami membuatkan dia lupa penanggungannya sewaktu sarat mengandung. Memang kadang-kadang rasa agak tidak selesa dengan perut yang membesar.
Suami yang memandang pun rasa rimas melihat pergerakan isteri yang terbatas, inikan pula isteri yang menanggungnya. Namun, rasa tidak selesa itu hilang bila timbul bayangan cahaya mata yang bakal ditimang. Isteri sanggup melalui detik ujian dan cabaran sewaktu mengandung demi kasih pada suami dan anak dalam kandungan.
Dalam keadaan sarat mengandung, isteri masih aktif di rumah. Membawa perut yang memboyot, dia masih sanggup turun ke dapur, membasuhkan pakaian suami, menjemur kain baju, basuh pinggan mangkuk, mengelap lantai, membersihkan habuk dan bermacam lagi.
Banyak kerja yang dilakukan oleh isteri ini adalah hakikatnya untuk membantu suami membereskan urusan rumah tangga. Kerja-kerja yang menjadi tanggungjawab bersama itu dibuat oleh isteri demi memberi khidmat bakti kepada suami.
Tidak ada isteri yang merungut kenapa dia harus menanggung sakit bersalin dan berpantang lepas bersalin. Sebaliknya isteri boleh senyum selepas mengalami kesakitan yang tak tertanggung sewaktu bersalin. Selepas berhempas-pulas bersabung nyawa di meja bersalin, beberapa minit kemudian dia boleh melemparkan senyum puas bila menatap wajah suami dan wajah anak yang masih merah. Bukan cerita sakit bersalin yang diluahkan pada suami, tapi cerita gembira menimang cahaya mata.
Walaupun isteri tahu sakitnya bersalin, tapi setiap kali mengandungkan anak suami, si isteri tidak pernah meluahkan rasa takut dan ngeri untuk bersalin lagi. Kalau ada suami yang pernah menemani isteri di meja bersalin dan melihat penanggungan isterinya sewaktu meneran anak, dia akan tahu beratnya sakit yang ditanggung waktu itu. Memang isteri terpaksa berhempas-pulas. Mungkin suami tidak akan sanggup melihat isteri menanggung sakit seperti itu lagi, tapi si isteri tetap bersedia mengharungi kesakitan yang sama.
Demi kegembiraan bersama memperolehi cahaya mata, soal sakit dilupa-lupakannya. Pengorbanan isteri ini, jika difahami oleh suami, pasti akan sangat dihargai. Melihat wajah anak-anak, terbayang keperitan yang dialami isteri waktu mengandung dan melahirkannya dulu.
Selepas melahirkan anak, isteri harus berkorban pula membesarkan si kecil. Menyusukannya tidak kira waktu, membersihkan najisnya, memandikannya, menyuapnya ketika sudah boleh makan, menadah telinga mendengar tangisannya bila si kecil meragam… Kemudian memenuhi tanggungjawab mendidiknya dan berdepan dengan segala kerenahnya. Belum pun anak itu cukup besar, isteri mengandung lagi dan melahirkan si adik pula.
Terpaksa pula memberi perhatian dan jagaan pada si bayi di samping meneruskan proses jagaan dan didikan kepada si abang atau si kakak. Sebahagian besar keperluan anak-anak ini, isterilah yang membereskannya. Isteri benar-benar menjadi tangan kanan suami untuk memelihara dan mendidik setiap orang anak yang lahir dari zuriat suami.
Semakin bertambah anak, semakin bertambah pula tanggungjawab isteri. Semakin banyak kerja perlu dibuat. Namun isteri masih orang yang sama, dengan kudrat fizikal dan kemampuan yang dulu. Di samping harus meneruskan layanan kepada suami dan kerja-kerja pengurusan rumah tangga yang sentiasa ada dan bertambah.
Jarang sekali ada isteri menuntut bayaran dari suami bagi kerja-kerja lebih masa yang dibuatnya. Lebih-lebih lagi untuk menuntut gaji. Kalau suami faham dan tahu menghargainya, alhamdulillah. Kalau suami mahu sama-sama ringankan tangan untuk membantu, syukur. Kalau suami sekali-sekala mahu memberi penghargaan dalam bentuk material atau hadiah, itu dikira sudah cukup baik. Paling tidak, penghargaan dalam bentuk kata-kata, sikap dan belaian mesra pun amat tinggi harganya.
Namun, kalaupun suami tidak faham, tidak prihatin dan tidak mahu menunjukkan penghargaan serta pengiktirafan, isteri akan tetap melakukan kerja-kerja menguruskan rumah tangga.
Lebih berat tanggungjawab dan penanggungan isteri bila dia juga keluar bekerja. Di luar rumah, dia berkorban tenaga membantu suami mencukupkan sara hidup keluarga. Di rumah, dia meneruskan kerjaya sebagai isteri, ibu dan suri rumah. Kalau tiada pembantu rumah, dia akan berdepan dengan lebih banyak kerja untuk dibereskan. Balik ke rumah, dia sanggup korbankan masa rehatnya untuk menyambung kerja yang tertangguh. Layan suami, layan anak-anak, sediakan makan minum, basuh pakaian, berkemas rumah, seterika baju dan banyak lagi.
Paling ketara bila isteri pulang kerja bersama suami. Balik ke rumah, isteri selalunya bersedia untuk layan diri bagi apa-apa keperluannya sendiri. Namun untuk suami, dia sanggup beri layanan istimewa. Kalau suami dilihat kepenatan, isteri sanggup melupakan kepenatannya sendiri untuk memenuhi keperluan suami. Paling tidak, terus ke dapur untuk menghidang air pelepas dahaga suami. Mengorbankan kerehatannya sendiri demi mendahulukan keperluan dan keselesaan suami.
Memang ada isteri yang merungut. Memang ada isteri yang membebel dan mengungkit. Memang ada isteri yang meluahkan rasa sakit hati bila melihat suami rehat-rehat ketika si isteri sibuk melakukan ops dapur, ops bilik air, ops bilik tidur, ops halaman dan pelbagai ops lagi. Sebab bukan semua suami yang mahu berkongsi melakukan kerja-kerja di rumah. Bukan semua suami bersikap sporting dan tahu menghargai susah payah isteri.
Tetapi dalam merungut dan membebel itu pun, segala kerja tetap dibuatnya. Suami hanya perlu sabar sedikit sambil menadah telinga mendengar bebelan isteri. Dalam waktu yang sama, kalau suami hendak makan, ada juadah tersedia. Hendak pakai baju, pakaian siap berbasuh. Hendak bermain-main dengan anak kecil, kencing berak anak sudah dicuci.
Kalaupun ada isteri yang menjeruk rasa kerana suami semacam tidak hargai segala khidmat baktinya, namun jarang ada isteri yang sanggup mogok dari tugas sebagai isteri, ibu dan suri rumah.
Dia mengharap sedikit tanda berterima kasih dari suami tetapi tidak sanggup meluahkannya dengan kata-kata. Hanya gerak-geri atau bahasa badannya saja yang berbicara. Kalau suami faham, fahamlah. Jika tidak, isteri selalunya akan hanya memendam perasaan. Hatinya mengharap dan meminta tanpa kata-kata. Atau dia akan meluahkan rasa di atas kertas. Bila suami dilihat langsung tidak menghargai, waktu itu mungkin coretan di kertas mengganti lidah berbicara.
Berat macam mana pun kerja yang dibuatnya, isteri akan rasa puas dapat melakukannya. Dia buat kerja dengan rasa gembira. Tugas dan kerja yang nampak berat bagi suami dapat dibereskan oleh isteri dengan agak mudah dan ringan. Walaupun tika usia telah senja dan si isteri telah menjadi nenek, dia masih isteri yang dulu. Isteri yang akan sentiasa mengutamakan dan melebihkan suami.
Ini satu kelebihan wanita. Allah jadikan fitrahnya dari segi fizikal dan kehalusan perasaan, mampu menanggung segala macam tugas dan tanggungjawab dalam rumah tangga. Lebih-lebih lagi kalau isteri dapat rasakan apa yang dibuatnya itu akan membahagiakan suami dan mengganjarkan pahala dari Allah. Di situ dia mendapat motivasi dan lebih bersemangat untuk buat bermacam-macam kerja.
Suami yang faham akan menambah motivasi untuk isteri melalui ucapan terima kasih, kata-kata pujian, belaian, kasih sayang, sikap prihatin, turut membantu dan sekali-sekala memberinya hadiah. Segala penat, segala lelah dan segala penanggungan akan hilang bila semua itu suami hargai.
Rasanya tidak mungkin untuk menyenaraikan satu persatu susah payah dan pengorbanan isteri. Bentuk-bentuk pengorbanan pun tidak sama antara seorang dengan seorang yang lain. Tetapi cukuplah dikatakan bahawa sebagai suri dalam rumah tangga, isteri umumnya menanggung (suffer) banyak perkara. Isteri sanggup berkorban kerana dia rela mengutamakan, mendahulukan dan melebihkan suami berbanding dirinya.

Trust = Eraser


 " Trust is like an eraser. It gets smaller and smaller after every mistake."

Friday, April 29, 2011

Owh Nikmatnya

WARNING : Entri ini mungkin akan memberikan ekpresi kurang senang bagi sesetengah pihak terutamanya yang amat pembersih.

Apakah perkara yang dapat memberikan nikmat dan kepuasan yang superb bagi diri anda.?

Ini jawapan dari Abang Long....


Ok..Kita mulakan yang kat tepi-tepi dulu. Mati mesti pandang atas baru nampak syok

Then kasi pusing skit. Mati still the same ok..Kali ni korek dalam skit

Arghh!! Dah settle..Nikmat bukan..Haha
Iskh..Tak settle lagi tu..Korek hidung badak pulak..Haha..

Hidup dan Dugaan

Selagi kita hidup sebagai seorang manusia, kita memang tak kan dapat merangkak lari dari pelbagai dugaan, masalah dan cabaran hidup. Bila bercakap tentang dugaan kita mula membayangkan kedukaan, kekecewaan dan kekurangan diri sehingga kita lupa dugaan juga boleh timbul dalam bentuk kegembiraan, kebahagiaan dan juga kekayaan. Ini kerana segala kelebihan itu mungkin telah melalaikan kita sampai kita lupa untuk bersyukur kepada-Nya. (Iskh..Apsal ayat skema je nih..? Cam ceramah agama lak rasanya..) Ok..Kali ini kita fokus kepada dugaan yang berbentuk kedukaan. Motif ~ sebagai sumber motivasi kepada anda-anda (dan saya sendiri) di kala sedang berhiba bara. Harus diingat dugaan bukan penghujung kehidupan anda ye. Ia cuma sebahagian dari perasa kehidupan. Kira macam Ajinomoto laa. Ala. Time masak ske je taruk benda tu kalo tak pandai pulak korang komen tak sedap laa..tawar laa..Hidup korang pon nak jugak camtu. Baru ada taste kata orang. Bila kita diduga jangan laa asyik nak tuding jari menyalahkan orang lain mahupun takdir. Dia tak bersalah dik oi. Cuba anda-anda ni amik masa sekejap untuk berfikir sikit. Muhasabah diri laa kiranya. Try recall balik apa yang anda-anda ni dah pernah buat dulu. Boleh jadi kesedihan itu berpunca dari kesilapan mahupun dosa-dosa anda yang silam. Dengan kata yang mudah faham .."Ambik kau..Dulu ko buat orang camtu sekarang dah berbalik kat ko..Padan muka..". Moralnya jangan sakiti hati orang lain jika anda tidak mahu sakit hati. Kalo anda-anda rasa macam "eh..aku mana ada sakitkan hati orang tapi kenapa aku diberikan kekurangan dan kecewa camni..?"..Ok..Cuba anda fikir kenapa anda dijadikan sebegitu. Let say laa kan anda bermata juling, (maaf saya tak berniat menghina) tapi anda macam takleh terima takdir tu dah sering menghiba lara kan hati disebabkan kekurangan itu. Pernah tak anda terfikir, sejuling-juling itu anda masih mampu curang dengan BF anda tapi kalau anda sempurna entah bagaimana lebih lagi benda yang anda boleh buat bukan. So belajarlah untuk terima segala kekurangan itu sebagai brick wall untuk ada melakukan dosa-dosa yang lebih besar. Itulah yang dinamakan hikmah sebuah kejadian. Andai kata dulu kita kaya tapi tak semena kita susah. Jangan pula kita salahkan kerajaan naikkan harga minyak dan tol. Mungkin kita yang terlalu boros. Andai kata dulu anda cantik rupawan tapi tetiba naik jerawat batu berketol-ketol. Jangan salahkan muka tapi anda tu yang berlagak nak pakai SKII padahal pakai Safi Rania Gold pon dah cukop cantik. Lagi taknak bersyukur. Jika dulu suami anda romantik tapi sekarang asyik menjentik. Usah merajuk tak tentu hala. Mungkin anda yang kini 'plastik'. (Amboi..sedapnya cakap..macamlaa ko dah kawin ek..Haha)..Oleh itu dapatlah disimpulkan bahawa dugaan itu bukanlah kedukaan yang harus terus diratapi. Tapi sebagai satu proses pembelajaran dalam kehidupan yang memerlukan otak kita bekerja dengan akal fikiran yang  waras. Juga harus diingat Dia Maha Mengetahui. Dia takkan menguji lebih dari kemampuan diri kita. So kita harus kuat untuk menghadapi setiap ujian-Nya. (Tengok..dah jadi skema balik..Layan je laa..) Ok..Jom kita nyanyi lagi. Kali ni lagu 'Tiada Duka Yang Abadi'..Tajuk cam dah kena kan. Cun laa tu..

Monday, April 4, 2011

Anuar Zain Buat Saya Rindu


Sape Anuar Zain tu.? Memang tipu laa kalau cakap tak kenal. Dia ni dari kecik lagi dah ada album dah. Bukan album gambar macam uols tu laa. Album lagu ok! Ala yang budak nyanyi kain pelikat lalalalaa~ kain pelikat lalalalaaa..Haa dia laa tu. Time tu suara kecik lagi tapi sekarang superb abis. Anuar Zain memang the best male singer in Malaysia. Vokal dia toksah cakap laa memang power gile. Handsome pulak tu dan yang paling penting masih single mingle. Aauuww!! (Opss sorry, mode gatal tetiba aktif. Haha). Tapi tak pe. Tak dapat Anuar Zain dapat 'peminat Anuar Zain' pon jadi laa kan. Hehe. Tapi rasanya 'peminat Anuar Zain' dah berpaling tadah pada Faizal Tahir pulak. Jangan berpaling arah dari I sudah. Selain dari vokal yang mantap selalunya lagu dia memang best-best. Lirik pon bukan jenis main bantai. Bait-bait kata memang cun je tersusun. Pendek kata kalau yang jenis jiwang bleh melting bila dengar lagu dia ni. Sebenarnya saya cuma nak cerita masa tengok Anuar Zain perform lagu Sedetik Lebih kat ABPH 2010 tadi tetiba je rindu pulak kat Cik Keroro saya. Saje je melalut dulu tadi. Haha. Sorry followers and readers (budget ramai je readers kan.), jika anda rasa menyampah sila abaikan kata-kata tadi. Mak saya cakap adat orang bercinta memang macam ni asyik nak jiwang-jiwang, rindu-rindu. Ala macam laa uols tak pernah kan. Haha. Supaya cinta terus berada di udara mari kita menyanyikan OST Hikayat Merong Mahawangsa bersama-sama. Jangan risau saya dah sediakan liriknya. Ingat! Harus nyanyi dengan penuh perasaan macam yang biasa anda buat di bilik-bilik karaoke j****n supaya feel tu sampai ke dalam hati. Dan bagi yang lupa melodi mahupon tempo jugak hentikan alasanmu untuk tidak bernyanyi bersama sebab saya turut kepilkan videonya. Tapi disebabkan anda banyak cekadak anda kena nyanyi dalam versi omputeh.


SEDETIK LEBIH - ANUAR ZAIN
Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu 
Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu 
Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa 
Kasihku ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya 
Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu 
Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu


Saturday, April 2, 2011

Bila Saya Cuba Berpolitik

Politik memang bukan bidang saya. Oleh itu, saya bukan nak story pasal politik tapi cuma berkongsi experience kesan ter'join' nya saya dalam aktiviti politik parents saya. Topik ini bukan untuk bercerita tentang parti mana yang memang berjuang untuk rakyat atau parti mana yang merosak bangsa. Saya juga bukan nak berhujah tentang politik mahupun membincangkan isu-isu politik semasa tanah air. Sebab kita kini berada di Malaysia, sebuah negara demokrasi yang memberi hak kepada semua rakyat untuk membuat pilihan. Di mana semua orang berpeluang menentukan siapa yang mereka mahu untuk dipertanggungjawabkan memikul tugas negara.

Semalam bila mana orang sibuk dengan perlawanan Liga Super Kelantan lawan Harimau Muda A, bila makcik-makcik sibuk memilih menantu dari calon Imam Muda di Astro Oasis dan bila mana gegak gempita gelak Cik Keroro saya menonton program Maharaja Lawak, saya pula cuba untuk menyibukkan diri dengan berpolitik. Manakala tau kan kot-kot nanti tersangkut pulak bakat politik Mama & Abah tu kan. Silap-silap I jadi Ahli Parlimen nanti jangan terkejut pulak. Haha. (Layak ke.?) Actually, malam tu merupakan malam Perasmian Persidangan Tahunan UMNO Cawangan Berkelompok. Tak guna bercakap banyak lebih-lebih lagi kalau kita taktau pape, ayuh kita lihat gambar-gambar yang dicuri snap pada malam itu.


Merah di mana saja mungkin sebagai tanda sokongan mereka

Sebelum start persidangan harus lapor diri dulu. 

Ok. mari kita mula bersidang

Macam ramai perempuan je ni

Setiausaha Perdana Menteri merangkap Ketua Bahagian Kota Bharu

Kenapa ayah saya berada di luar.?

Sekarang meeting peringkat cawangan pulak

Puteri dari cawangan Desa Sri Telipot

Makan juga termasuk dalam acara persidangan

Lihat. Saya juga ada baju merah seperti mereka

Saya sudah daftar mengundi. Anda bila lagi.?


** p/s : Walau apa pon pilihan anda jangan pernah lupa tentang jasa dan pengorbanan pejuang politik terdahulu yang memerdekakan negara kita. Hormatilah parti yang memberikan kebebasan kepada negara kita walau kini ia bukan lagi pilihan anda. Tanpa mereka anda mungkin tidak merasa nikmatnya hari ini.

Thursday, March 10, 2011

Negatif oh Negatif

Saya benci bila wujudnya negatif. Otak mula berserabut. Jiwa pon kacau. Tension meluap-luap bikin hati panas asyik nak marah orang. Air mata pon tetiba je murah. Suka hati dia je flow sederas kereta F1. Mungkin berharap negatif akan pergi bersama titisan-titisan itu. Hati pulak liat nak lepaskan negatif. Aduh. Susah. Tolonglah..Saya perlukan POSITIF.! Hentikan provokasi perasaan wahai negatif.

Tuesday, March 8, 2011

Ten - Teen

CikLa : Abang Long belajar apa hari ni kat sekolah.?

Alief : Belajar mengira.

CikLa : Ala. Abang kan dah pandai mengira.

Alief : Tapi cikgu ajar nombor banyak. Lebih dari nombor ten.

CikLa : Wah hebatnya. Cuba Abang Long kira CikLa nak dengar.

Alief : Ok.. One..Two..Three..Four..Five..Six..Seven..
Eight..Nine..Ten..

CikLa : Pastu..

Alief : Eleven..Twelve.. Thirteen..Fourteen..Fifteen..
Sixteen..Seventeen..Eighteen..Nineteen..

CikLa : Lagi..

Alief : Ten-teen!!

CikLa : Erkk..

Friday, February 25, 2011

Awak dan Rokok

Saya tak paham kenapa awak mesti merokok.? Sejak bila.? Kenapa saya tak tau.? Dulu bila saya bau rokok saya tanya awak tapi awak tak ngaku. Tapi saya memang dpt rasakan yang awak memang merokok bila selalu sgt sy jmp lighter. Tapi sebab saya percaya awak saya terima apa yang awak cakap. Bila saya tanya banyak kali awak marah. Awak fikir saya nak desak awak. Tapi awak tak faham. Saya cuma taknak awak tipu saya.

Kenapa mesti merokok.? Sebab stress.? Kalau awak stress kenapa awak taknak share ngan saya. Saya tak layak ke.? Awak mungkin lupa yang awak dah janji dengan saya takkan merokok. Tapi awak buat jugak. Takpelaa.. Siapalah saya nak halang awak. Lgpn awak guna duit awak bkn duit saya. Awak yang keje penat2 nak dpt kan duit tuh kan. Saya ni tak bekerja. Saya takde hak nak larang awak beli rokok ngan duit awak sendiri.

Tapi kenapa awak tak pernah tanya kenapa saya tak bagi awak merokok.? Saya tak bagi awak merokok sebab saya sayang awak. Saya taknak awak kena penyakit macam gambar2 kat kotak rokok tuh. Bila saya cakap awak gelak je. Saya serius. Saya sayang awak lebih dari yang lain. Awak fikir saya sanggup ke tengok kalau awak sakit. Kalau awak sakit saya pon sakit tau.

Awak tak pernah tau betapa rasa bersalahnya saya bila awak merokok. Saya selalu fikir saya penyebabnya. Saya selalu tinggalkan awak. Mungkin bila saya takde awak takleh nak share problem ngan saya. Bila awak call saya, saya pulak asyik cerita pasal problem saya. Sedangkan awak lebih senang memilih rokok. Kalau lah betul saya penyebabnya saya mintak maaf. Walau jauh saya memang selalu ingat awak sebab tu saya pilih untuk share problem saya dengan awak. Saya harapkan tiada rahsia antara kita. Semua masalah kita kongsi bersama.


Saturday, February 19, 2011

Yuna Junior


Aleesya pakai legging ngan high cut shoes + shawl. Daddy cakap macam Yuna lah..^_<




Monday, February 14, 2011

Hari Kekasih Alief

Bestkan berkongsi hari jadi dengan hari kekasih. Rasa macam ramai orang celebrate birthday kita. Walaupun hakikatnya kita memang takleh celebrate hari tu kan. Tapi macam rugi jugak bila hadiah digabungkan. That's mean cuma dapat 1 je laa hadiah kan. Kira sekali harung je laa. Kalau birthday hari lain maybe akan dapat 2 hadiah. Haha.(Terbongkar ketamakan saya di situ..)

Berpulang kepada topik, hari ini adalah hari jadi Alief aka Abg Long aka Superhero Ultraman Gaia yang ke 4. Seperti biasa sambutan mesti nak over punya. Padahal ntah berapa kali setahun ntah nak celebrate birthday dia. (Yang ni ikut perangai Cu dia. Celebrate birthday berkali-kali setahun tapi umor maintain 20thn je..Walaupun dah kertu kan..Haha)

Mesti ada kek superhero walaupun kecik

Abah tok sebagai ketua ya. Bukan untuk nyanyi lagu Selamat Hari Raya tapi untuk Selawat Nabi.

Cameraman Profesional itu juga mesti ada.

Saturday, February 12, 2011

Saya Nak Mintak Kerje Cik!!

Agenda Hari Ini : Sesi Meminta Kerja
Tempat : Grand Blue Wave Hotel (Area Stulang)
Tarikh : 12 Februari 2011
Masa : Registration 8.30a.m - 12.00noon (Tapi saya sampai kol 9++..haish!)
Jawatan : Kerja jalan-jalan sambil layan orang
Pakaian : Business Attire - Knee length skirt (Sepatutnya se'vogue' mungkin tapi saya pakai biasa-biasa je.)
Make up : Harus nampak sophisticated (Saya sungguh natural hari ni..)
Requirement : Recent passport photo, Full body length photo, original and copy of CV, certificates and I/C (Semuanya beres..)



Wednesday, February 9, 2011

Gila Makan Family

Family saya memang kuat makan kecuali saya..(xnak ngaku tuh.haha). Lebih-lebih lagi kalau dh berkumpul reramai. Acara utama ialah makan, makan dan makan. Mereka akan membedal apa jua jenis makan yang ada tapi menghiraukan risiko terkena diarrhea. Ya mereka memang jarang terkena penyakit itu. Mungkin sebab sentiasa mementingkan kebersihan atau mungkin juga sebab kulit perot kami memang lasak sebab dah selalu jumpa berbagai jenis makanan. ^_^

Nasi Dagang sememangnya menu terfavorit bagi family saya. Satu hari 3-4 kali makan benda tu pon tak kesah. Entah mengapa semua orang minat sangat. Mungkin sebab itulah specialty mama saya. So bagi bakal menantu sila take note ye. Anda juga harus berusaha untuk minat nasi dagang ya. Selain itu, family saya juga sangat berminat dengan makanan yang di'grill'. (Style orang puteh laa plk kan..) Tak kira laa daging lembu ke kambing mahupun ikan. Semuanya disambut mesra oleh perot-perot kami.


Picnic di luar rumah




Thursday, February 3, 2011

Penebang Pokok Terseksi

Biar betol..!! Ya memang betol. Hari ni saya malas nak cerita so mari kita lihat bukti bergambar ini..

Ariel Peterpan Kena Penjara, Luna Maya Menangis


Maunya tak menangis. Boyfriend tercinta tu wey. Kalau saya pon mau meraung. Kesian Luna Maya. Saya minat dia tau. Owh. Sungguh kesian mereka harus berpisah sebab Ariel telah dijatuhkan hukuman penjara 3 tahun 6 bulan dan denda 250juta rupiah. Sebagai seorang rockstar denda sebanyak tu takde masalah sangat kot tapi tempoh penjara tu agak lama jugak tu. Sabar ye Luna, lepas 3.5 tahun nanti baru awak boleh kawen dengan Ariel. Itu lah kenapa tak nak kawen awal-awal. Tapi rasanya hukuman tu cuma tinggal 2 tahun 11 bulan je kot sebab Ariel kan dah kena tahan hampir 7 bulan dalam tempoh siasatan. 


Saling berbagi sokongan. owh. sungguh sweet.


Mungkin ada yang tak suka dengan apa yang saya cakap. Tapi saya tak kesah sebab semua manusia pernah buat silap. Mungkin ini masa mereka masa kita entah bila. Saya salute dengan Luna Maya sebab walau kecoh orang mengeji dia tapi dia tak 'amik pot' pon. Orang tak bagi dia keluar TV dia still buat bisnes. Bila ada ruang dia keluar TV balik. Memang malu bila terjebak dengan kes ini tapi dia sangat tough meneruskan kehidupan dia. Dia mempunyai fighting spirit yang sangat tinggi. Mungkin sebab jalan kehidupan dia yang terpaksa berdikari sejak berusia 12 tahun setelah kematian bapak dia. 


Sunday, January 30, 2011

Putera Katak Sesat

Lundang : Seekor katak kembong ditemui telah sesat di sebuah bilik mandi di sebuah rumah banglo di sini. Dalam kejadian semalam, katak tersebut cuma mampu duduk bertenggek dan termenung di atas lubang saluran air. Mungkin mengenangkan nasibnya yang terdampar di situ. Katak itu dipercayai adalah putera katak dari keturunan raja-raja katak kembong. Kesahihan berita ini cuma mampu dibuktikan sekiranya ada anak dara yang sanggup mencium katak tersebut. Malangnya anak dara tuan ni tak boleh nak try cium sebabnya dah berpunya. Takot nanti betol-betol bertukar jadi putera raja nanti kena laa kawen ngan dia. Kalau camtu apa cerita putera hati anak dara tuan rumah pulak kan. Tapi kalau betul sanggup ke kau.? Owh..TIDAK!! Oleh itu, bagi anak-anak dara di luar sana yang ingin mencuba boleh laa menghubungi penulis blog. Itu pon kalau katak tu ada lagi laa.


Si Katak

Wednesday, January 26, 2011

Ultraman's Family



(Entri ini ditulis sempena hari pertama Abang Long ke sekolah. Abang Long adalah nephew saya.)


Gambar keluarga Ultraman. Maaf kualiti gambar agak kurang memuaskan.

Tahukah anda keluarga Ultraman ada 35 ekor orang kesemuanya.? Saya juga baru tau. Besar jugak family Ultraman ni ye. Ingatkan 5-6 orang je. Ultraman merupakan watak superhero bagi sebuah rancangan siri TV terbitan Tsuburaya Production. Siri ini mula diterbitan sekitar pertengahan tahun 1960an lagi. Namun hingga ke hari ini siri Ultraman masih lagi disiarkan dan diminati oleh hampir kesemua kanak-kanak termasuklah Abang Long. Memang hebat. Hampir setengah abad siri ini bertahan ya. Kalau camtu agak-agak umor si Ultraman ni brapa laa pulak. Confirm laa dah tua. Larat lagi ke nak berlawan.? "Superhero pasti menang.!" jawab Abang Long. Ceh. Nak jugak. Ok mari kita berkenalan dengan family member Ultraman..


Sunday, January 23, 2011

Bakal Suami Saya Seorang Workaholic

Encik Keroro adalah seorang jurutera. Beliau bekerja di sebuah syarikat pembinaan swasta. Kini beliau bertugas di sebuah site di Pasir Gudang. Beliau memang sangat komited yang amat terlampau terhadap kerja beliau. Beliau boleh bekerja 7 hari seminggu tanpa cuti. Walaupun beliau cuti beliau sering menge'call' pekerja bawahan beliau untuk bertanyakan perkembangan kerja beliau. Beliau juga sering pulang lewat ke rumah kerana terlalu sibuk dengan kerja. Beliau juga jarang-jarang balik ke kampung kerana jarang cuti. Lagi pula, kampung beliau agak jauh jadi tidak berbaloi kalau cuti 2-3 hari nak balik kampung. Menurut kata beliau kalau cuti seminggu baru puas. Kalau cuti 2 hari belum sempat hilang penat driving dah kena balik JB. Pernah sekali beliau mendapat MC selama 3 hari tapi beliau cuma cuti 1 hari sahaja. Hari ke-2 beliau sudah kembali bekerja. Jikalau hari ahad merupakan hari yang paling didambakan oleh semua pekerja tapi bukan bagi encik Keroro. Beliau akan tetap pergi ke kerja. Walaupun begitu, beliau akan pulang lebih awal pada hari tersebut.



Thursday, January 20, 2011

Arundina Buah Hati Baru Abah


Siapa pulak Arundina.? Cam bagus je kau nak ngorat abah aku ek.. Mentang-mentang sejak dua tiga menjak ni abah selalu take care pasal kau, bagi kau makan vitamin bebanyak kau nak ngorat abah aku pulak ek. Abah aku dah kasi kau tempat berteduh yang cukop redup tuh kau tak puas hati lagi ke.? Nak rumah baru pulak. Kau memang dah melampau ye. Kulit dah laa color purple kalau color biru macam Neytiri dalam citer Avatar tu cute laa jugak. Dahlaa tu obvious gile nampak urat berselirat je. Ape.? Tak percaya. Iye. Memang betul kulit dia color purple. Aku dah tengok dengan mata kepala aku sendiri. Walaupun mata aku rabun tapi aku tak rabun warna tau. Tak percaya jugak. Moh kita tengok gambor dia.


Kulit dia memang color purple dan jelas kelihatan urat. Mungkinkah sebab dia overdose botox.?

Eh. Dah-dah laa gosok bijik mata korang tuh. Betolkan aku cakap. Kulit dia color purple korang tak nak percaya. Ape.? Tak puas hati.? Nak tengok gambar lain. Ok.. Ok..Disebabkan yang tadi gambar close up so kali ni kita zoom out skit.


Tuesday, January 18, 2011

Mata Berbulu Palsu

Topik hari ini ialah bulu mata palsu. Nowdays bulu mata palsu ni dah macam benda yang semua perempuan wajib ada je kan. Yelaa. Bila tengok semua orang pakai takkan kita nak ketinggalan kan. Mana boleh mesti nak jugak kan. Setan dengki memang selalu muncul dalam situasi macam ni. Kekadang saya pon ikot terpedaya padahal bukan pakai sangat pon tapi sebab nak puaskan hati. Haish! Teruk betol. Nampak sangat fail nak manage nafsu sendiri. Ehe. Ok. Sila berbalik kepada topik asal. Bulu mata ni ada bermacam-macam fesyen sekarang ni. So bila nak pakai tu pilihlah yang bersesuaian dengan majlis, masa dan tujuannya ye supaya anda tidak kelihatan agak over tak ingat.



Natural.

Kristal dan Mama

Semua orang pasti mempunyai hobi dan kegemaran yang tersendiri begitu juga dengan mama saya. (Ceh.! Intro macam karangan SPM daa..Haha.) Ok. Straight to the point. Hari ni saya nak cerita pasal minat yang sangat mama saya terhadap bendalah bernama kristal. Dah bermacam-macam bentuk dia kumpul. Walaupun takde laa semahal macam kat rumah mak-mak datin tu kan tapi oklaa. Beli yang murah boleh beli banyak penoh satu umah kalau beli yang mahal dapat 2-3 bijik je. Itu namanya bijak membeli menang memakai. Toksah cakap banyak moh kite tengok collection mama.



Kristal berbentuk buah-buahan ni memang selalu menarik minat cucu-cucu mama. Mungkin nampak sunggguh menyelerakan.

Saturday, January 15, 2011

Saya Keguguran

Hah. Baru baca tajuk dah mula nak wat spekulasi pelik-pelik. Jangan nak fikir yang bukan-bukan ye. Saya bukan keguguran anak tapi keguguran rambut yang tak agak-agak sampai mak saya membebel sebab rambut saya ada di merata ruang rumah. Mungkin sekarang ni memang dah musim luruh dia kot sebab tu dia asyik gugur je.  Oklaa tu daripada musim salji. Kang memutih je kat atas bahu takleh nak pakai baju hitam pulak. Kalau musim buah pon tak guna sebab buah rambut kecik sangat tak puas nak makan. Teehee.

Thursday, January 13, 2011

Berbuah-buah Anak Buah

Ini bukan cerita pasal buah epal atau buah tembikai mahupun buah tomato. Tapi cerita pasal anak buah atau anak sedara atau jugak dikenali anak menakan. Anak buah bermaksud anak kepada adik beradik anda tak kiralah anak kakak ke anak abang ke atau anak adik anda ye.


Bercerita tentang anak buah, saya sendiri sudah mempunyai 10 orang anak buah. Cukop untuk menggamatkan rumah di kampung halaman. Bilangan ini mungkin tak seramai mana tapi ia sudah cukop untuk mengkempiskan poket bila raya menjelma. Pengalaman pertama mendapat anak buah bukanlah suatu yang agak mengujakan memandangkan masa tu umor baru je 11 tahun. Gap antara saya dengan kakak sulong memang cukop besar. (13 tahun kot.) Time tuh rasa macam ' eh btol ke aku dah jadi mak sedara nih.? muda lagi weh.? kanak-kanak lagi kot mana bleh.' haha. Cam klakar je. Takleh terima kenyataan laa tuh sebab terasa macam akan berubah jadi tua serta-merta dengan pangkat 'mak' sedara.


Wednesday, January 12, 2011

Menunggu Pagi

Apa yang terjadi dengan hatiku
Ku masih di sini menunggu pagi
Seakan letih tak menggangguku
Ku masih terjaga menunggu pagi

Entah kapan malam berhenti
Teman, aku masih menunggu pagi

Malam begini
Malam tetap begini
Entah mengapa
Pagi enggan kembali



Tuesday, January 11, 2011

Tolong Ingatkan Aku !!

Mentang-mentang lagu tu baru menang AJL25 bebaru nih saje je nak wat post title cam tu ye. Nak tumpang glemer laa tuh. Kang tak pesal Ana Raffali mintak royalti naya kang. Teehee. Actually saya bukan nak cite pasal lagu tuh tapi pasal masalah ke'pelupa'an saya yang semakin menjadi-jadi macam iklan twister tu. Adakah ini petanda usia semakin meningkat atau kesan sampingan bila otak kurang bekerja kerana hari-hari cuma tersadai di rumah.? Haish.! Perkara ini memang tidak boleh dibiarkan. Macam mana saya boleh lupa tentang hari istimewa saya hari ni. Hari ini merupakan hari anniversary saya dan encik keroro saya. Harap maklum! ^_^


Sunday, January 9, 2011

Jam Di Tangan

Di tahun baru ni terasa macam nak je jam tangan baru. Konon memberi semangat baru laa kan. Padahal bukan pakai sangat pon tapi saje nak bergaya. Tapi kalau dapat jam tangan yang cantik takkan nak simpan je kan. Kena laa pakai baru berbaloi-baloi. Saya dah usha 7-8 bijik jam ni. Cam cun je kalau dapat tapi tak tau pulak brape rega nya. Kalau ok boleh laa beli untuk wat hantaran kawin nanti.



Guess Autograph Fall/Winter Collection
(Simple tapi nampak stylo. Kalau dapat ketiga-tiga color lagi best.!)



Tag Heuer Carerra Diamond Bezel
(Agak sporty tapi masih mengekalkan sifat feminin sebab ade pink dial. Cukop cool.)



DKNY Bracelet Watch
(Gaya ladies skit ala-ala bracelet. Memang kena kalau nak bergaya ayu)



Cartier Ballon Bleu
(Mewah pada nama tapi simple pada design.)



Chopard Happy Sport
(Sport and elegant. Memang susah nak combine dua tuh tapi jam ni boleh.)



Hermes
(Simple and Classic. Saya suka!)


Louis Vuitton
(Gaya mewah tapi agak berserabut. Ayat penyedap hati sebab harga tak tercapai akalmu. huh!)




Thursday, January 6, 2011

Hantaran Kawin Makin Tinggi.?

Kalau cerita bab kahwin ni memang seronok. Kepala otak pon mula laa nak berangan macam-macam. Nak tema cam fairytale la nak cam kesultanan melayu dedulu laa. Maklum laa kahwin bukannya selalu kan. Sekali seumur hidup je lebih-lebih lagi belah pihak perempuan. (Tak termasuk orang-orang yang berstatus J & D yang kahwin lagi..) Tapi kalau cerita bab duit hantaran memasing mula laa nak berdebat. Konon pihak perempuan suka sangat nak letak duit hantaran tinggi macam nak jual anak je. Silap-silap ada jugak pihak lelaki yang mintak diskaun. Apa diorang ingat macam beli sayur kat pasar ke.? Dah ko nak kahwin ngan anak dara orang tuh ikot je laa. Bagi aku duit hantaran yang parents sekarang mintak bukan nya mahal tetapi mengikut kedudukan pasaran semasa. Bila diorg compare ngan amount duit hantaran sekarang dengan amount 20 tahun dulu memang laa jauh beza. Sebenarnya kalau difikirkan memang ada rasionalnya parents perempuan letak duit hantaran camtu. Bukan sebab aku perempuan tapi mengikut faktor-faktor tertentu macam:


  1. Kos belanja persiapan perkahwinan yang meningkat mengikut pasaran semasa.
      • Sewa khemah/dewan - Duk kampung boleh laa sewa khemah tapi kalau duk umah kuih lapis (flat/apartment) mau nya kena sewa dewan. Paling common balairaya kat kawasan perumahan
      • Katering - Orang sekarang ni dah jarang sangat nak rewang. memasing sibok cuma nak datang makan kenduri je. Apa tu rewang pon mungkin ada yang tak tau
      • Baju pengantin dan Mak Andam - Time ni laa nak tengok kecantikan dan ketampanan sebenarnya pengantin. Takkan time kahwin pon nak pakai uniform keje kot.
      • Kad Jemputan dan Doorgift - Dah tujuan kenduri pon untuk menghebahkan perkahwinan, kalau tak bagi kad jemputan mana laa orang tau kenduri ko. Dan untuk appreciate kedatangan para tetamu kena laa bagi buah tangan skit.
      • Pelamin - Kata raja sehari. Raja mestilaa ada singgah sana nya. Sehari tu je pon ko boleh merasa naik takhta, lain kali takde dah. So pilih lah singgah sana korang tu yang cantik-cantik skit.
      • Jurugambar/Video - Ini penting untuk kenangan masa tetua nanti boleh tunjuk kat anak cucu. Kalau bergaduh laki bini ke nanti boleh jugak dijadikan bahan untiuk memujuk. Bila tengok kebahagian masa lalu takkan nak merajuk lelama kot. 

  2. Takut kena fitnah

      Kekadang orang melayu ni pelik sikit. Kalau parents letak duit hantaran sikit ada pulak mulut jahat yang berbunyi konon anak dara tu dah rosak or may be tertangkap basah. Konon bila harga rendah akan memudahkan pihak lelaki bagi mempercepatkan perkahwinan mereka. Nak pulak kalau si anak dara tu berpendidikan tinggi atau keje jawatan tinggi. Kesian pihak lelaki pulak tak pasal-pasal yang kena effect



    1. Anak dara bukan barang 2nd hand

      Ada pulak segolongan parents ni letak duit hantaran kawin tinggi alasannya sebab anak mereka masih dara dan bukan barang 2nd hand. Nak pulak kalau si anak dara tu anak perempuan tunggal. Kira special laa kan. Kekadang ada jugak parents yang letak harga tinggi pada anak sulung konon tak pernah organize kenduri so main sebut je berapa. (Boleh ekk camtu.?) Bagi yang anak bongsu pon ade jugak reasonnya kenduri kawin terakhir dalam family so budget kena laa lebih sikit.

    2. Menduga kesungguhan bakal menantu

      Duit hantaran ni jugak sering dijadikan bahan ujian untuk menduga kesungguhan bakal menantu. Bila bakal menantu berjaya menyediakan amount yang diminta bermakna dia memang bersungguh-sungguh nak menyunting si anak dara. Parents pon senang hati nak melepaskan si anak dara sebab nampak macam si teruna mampu nak menanggung kehidupan si dara tambah pulak kalau yang jenis kaki shopping atau kaki melaram.


    3. Supaya si teruna lebih menghargai si dara
      Zaman sekarang ni banyak sangat kita dengar kes-kes penceraian. Baru kawin 2-3 bulan dah bercerai-berai dan hal ni memang cukop merunsingkan parents especially belah pihak perempuan. Maklumlaa kuasa talak duk kat tangan lelaki. Pada pendapat aku kalau kita saling menghargai satu sama lain penceraian ni tak mungkin akan berlaku. (kecuali kalau dah ketentuan Yang Maha Esa laa kan.) Aku rasa tak salah kalau parents perempuan letak duit hantaran tinggi sikit baru laa pihak lelaki belajar untuk lebih menghargai bakal isterinya nanti. Nak-nak pulak yang memang jenis berkira bab duit ni. Memang tak laa kan. Hehe. Bagi yang nak berlaku curang pon mungkin berfikir banyak kali. Yelaa. Dah berbelas ribu berhabis untuk bakal isteri takkan sesenang je nak cerai pastu nak kawin lain pulak. Kena kumpul lagi berbelas ribu. Memang tak berwawasan laa.


    4. Tanda penolakan
         Adat orang melayu ni memang bukan jenis outspoken, cakap suka berkias-kias. Bukan apa takut nanti tersalah cakap ada pulak yang tersinggung. Macam kes Puteri Gunung Ledang yang mintak benda-benda pelik tu. Takkan laa si parents perempuan ni nak mintak hati nyamuk jugak kot. Silap-silap nanti satu kampung boikot family diorg sebab ingat diorg sewel pulak. So bila diadaptasikan mengikut kesesuaian zaman sekarang ni, ada parents yang sengaja letak duit hantaran tinggi melangguk supaya pihak lelaki paham-paham sendiri laa yang pinangan mereka ni sebenarnya ditolak mentah-mentah. Tapi kalau si lelaki tu still mampu nak sediakan duit hantaran tu jugak maknanya parents perempuan memang kena berterus terang laa jugak.




      Kesimpulannya, jangan la cepat melenting kalau bakal mentua anda letak duit hantaran agak tinggi. Mungkin ada sebab musababnya. Sila kaji terlebih dahulu. Bagi parents perempuan pulak agak-agak laa bila nak letak duit hantaran biarlah mengikut kemampuan bakal menantu tapi nanti anak kita jugak yang susah kena kejar ngan hutang. ^_^






        Monday, January 3, 2011

        Apake Jenis Berry Anda Nih.?

        Merujuk kepada perkara di atas, saya bukan ini membicarakan tentang buah stroberi atau beluberi mahupun resberi yang terdapat dalam botol Brand's Innershine Berry Essence tuh. Saya jugak bukan nak cite pasal kambing biri-biri Mok Noh jiran kat kampung saya tuh. Tapi pasal henpon berjenama belekberi yang kini menjadi pujaan ramai termasuk anak-anak sedara sunti saya tuh. Mak sedara sunti pon minat tahap meleleh air liur jugak sebenarnya. =p.. 

        Ntah ngape semenjak dua tiga menjak hati ni macam merayu-rayu je mintak henpon baru berjenama Belekberi. (Tak sedar diri btol pdhal baru je dpt henpon baru dr Incik Keroro saya..Saya memang tamak..Haha.) Mungkin sebab dengki tengok si adik bongsu berBBM dengan si kakak sulong dalam van ke Sarikin bulan lepas. Kalo ikutkan nafsu rasa macam nak je g cucuk pinggang Maybank ATM kat depan Restoran Sarina tuh biar dia melatah terkejut sampai termuntah ribuan ringgit. Then terus ke kedai henpon kat KB Mall grab seketul belekberi idaman hati. Tapi setelah dipikir berkali-kali risau jugak takot nanti bukan duit yang dimuntahkan tapi kertas-kertas putih yang bertulis baki akaun yang langsung tak mencicah angka ribu-riban. Maka dengan itu secara otomatik terhalanglah niat saya dari bertindak kejam pada mesin ATM dan jugak pada diri sendiri. =)

        Namun yang demikian, keinginan untuk memiliki henpon idaman belekberi masih sukar dilupuskan. Nak beli sendiri di luar kemampuan diri, nak mintak tajaan Incik Keroro jawabnya memang tak laa. So sebagai inisiatif saya pon men'join' laa content contest What Berry Are You? dengan harapan dapat laa henpon belekberi sebijik. Bleh jugak melenyapkan kemengidaman hati saya ni. Contest bikinan DiGi ni telah menjanjikan sebentuk belekberi Torch 9800 berwarna merah sebagai hadiah utama. (Musykil..Klo color merah apsal dia tak panggil redberi huh.?=p) 


        Actually contest ni takde laa remeh sangat kena wat slogan bagai. Just take a quiz to get some Berrypoints. Soalan pon sume jenis kacang tanah je. Then suggest member-member korg join quiz ni jugak pastu korg cuma guess apeke jenis berry member korg tuh. Klo ape yg korg guess tu match, points korg akan lebih bertambah dan peluang untuk dapat henpon belekberi pujaan hati lebih tinggi. So bagi yang memang mengidam gile nak pkai henpon belekberi tapi tak kaya macam saya nih bleh laa try join contest nih. Manalaa tau tuah korg kan. Bleh laa bergaya ngan henpon baru di tahun baru ni. Contest ni runs until 31 January 2011 so selamat menjoin contest.

        Sunday, January 2, 2011

        Orang Bijak Tapi Bodoh

        Haih..!! Bikin spoil mood aku je. Tak paham btol laa ngn manusia skrg ni. Kata dah moden tapi mentality tahap negara dunia ke 4 agak nye. Blaja tinggi keje bagus tapi PR hampeh. Dah tak reti nak respect hubungan sesama manusia. Dah nama ko keje bahagian service maknanya ko mmg laa kena deal ngan org. So tak reti ke nak respect org yang jugak seorang manusia mcm ko. Lain laa klo ko rase yang ko tu bukan manusia. Ape ko igt ko tu katak dari planet Zadora cam cite putera katak kat tv3 tu ke.? Mimpi laa ko. Kalo btol tak pe laa jugak. Dah laa aku malas nak cite psl ko..Bikin panas je.