Thursday, December 30, 2010

Selamat Tinggal Sebuah DA5076

Hari ni merupakan hari terakhir sebuah DA5076 di rumah agam Pak Sid. Setelah sekian lama beliau terdampar kaku di situ akhirnya tiba masa yang ditunggu-tunggu oleh kesekalian ahli keluarga Pak Sid. Walaupun pemergian beliau pada mulanya tidak direstui oleh Pak Sid tetapi hasil nasihat dan pujuk rayu Kak Sah isteri kesayangannya telah membuka hati Pak Sid untuk melepaskan si DA5076 itu. Tidak dinafikan sebuah DA5076 yang berwarna torquise ceria itu memang amat berjasa kepada keluarga Pak Sid. Kehilangan beliau dikhuatiri akan memberikan impak yang besar kepada segelintir anak-anak Pak Sid terutamanya sang Kakak yang sulung. Sebuah DA5076 merupakan mesin bergerak pertama yang berjaya dikendalikan oleh sang Kakak untuk bepergian kesana kemari. Kira zaman kegemilangan laa tuh. Semasa muda, sebuah DA5076 memang digilai ramai tetapi setelah berlaku beberapa peristiwa menyebabkan beliau lumpuh maka beliau tidak lagi dipedulikan. Perkara ini amat menyedihkan Kak Sah sehingga dia mengambil keputusan untuk melumpuhkan lesen bergeraknya bersama sebuah DA5076. Kelumpuhan beliau pernah cuba difisioterapi dan hampir membuahkan hasil namun kejayaan beliau bergerak tidak mampu bertahan lebih lama. Beliau sekali lagi lumpuh dan kali ini lebih parah sehingga beliau hampir-hampir direnovate menjadi villa kepada ayam-ayam ternakan Kak Sah. Walaupun demikian, hasil rawatan terakhir tadi (sebelum pemergian beliau) yang telah dilakukan oleh doktor Majae telah menemui kesan-kesan peninggalan si tikus. Haish..!! Sudah berapa lama agaknya dia bertakhta di situ.? Sebagai kenangan cuma beberapa keping gambar ini sahaja yang sempat disnap semasa kepergian beliau. Bye bye DA5076.

Muka sedih sebuah DA5076 sebelum berpisah

Sesi perkenalan DA5076 bersama peminatnya

Ketampanan DA5076 berjaya menambat hati peminatnya

No comments:

Post a Comment