Monday, December 27, 2010

Sakit Gigi vs Sensodyne

Recently selalu je kuar iklan toothpaste untuk gigi sensitif kan. Sume brands pon cam berlumba-lumba je nak tunjuk yang product diorg paling hebat. Memula Sensodyne pastu Colgate then Darlie lepas ni brand ape laa plk.

Sensodyne Rapid Relief

Kehebatan toothpaste ni mmg superb sbb 60seconds after used it dah bleh rase effect dia. Biar betik.? Kenape korg tak percaya.? Btol laa. Cam dalam iklan kat tv tu ckp "dalam masa 60 saat je saya boleh makan makanan yang kegemaran saya" (igtkan aku je yang fail bahasa, model iklan pun sama ekk..hehe). Mengikut sumber dari customer tegar toothpaste ni mmg berkesan. Bagi yang selalu sakit gigi (kes gigi berlobang takot nak jumpa dentist) mmg berkesan laa kalo guna toothpaste ni, korg dengan bangga nya dah bleh makan berbekas-bekas eskrem haagen dazs feveret korg. Kalo korg golongan yang kurang berkemampuan cam aku ni cukop laa sekadar berlagak dengan memakan eskrem malaysia yang dijual dalam plastik panjang tu. Harga pon takde laa mahal sangat 20sen je kot tapi macam-macam perisa ada kau. Cakap je. Nak rasa milo, kopi, sirap, anggur sume ada. Perisa asam boi pon ade weh. Ingat time kanak-kanak dulu balik je skolah tengahari pepanas tuh mmg slalu bedal eskrem ni. Kalo kat kedai blakang skolah tu ade jual jenis yang bleh patah dua kat tengah. So kalo tak cukop duit tuh bleh laa share ngan kawan.

Iqram Dinzly pun makan eskrem malaysia u..!!
(pic credit to matkepoh.com)     


 Iskh cite pasal eskrem plk. Ok sila berbalik kepada topik asal tadi ya. Tak dinafikan toothpaste ni mmg bagus tapi sorry to say klo korg salah paham tentang penggunaan toothpaste mungkin boleh memudaratkan diri korg sendiri. Berdasarkan kes yang terjadi kepada orang terdekat aku, dia mmg slalu guna toothpaste ni utk menghilangkan sakit gigi tapi at the end berlaku infection yang menyebabkan bahagian dalam tekaknya bengkak dan bernanah sehingga menyukarkan beliau bernafas. Benda ni berlaku kerana beliau fikir bila sakit gigi tiada maka settle laa problem sakit gigi beliau dan tidak perlu lagi bertemu dentist. Walhal gigi telah sedia berlubang tu akan lebih terdedah kepada infection. Tambahan pula dengan habit beliau yang suke makan dan mencungkil gigi. Disebabkan perkara sebegini beliau terpaksa direhatkan di wad selama hampir 2 minggu ditemani makcik misi yang garang tak bertempat. (Itulah..kan dah kena tinggal. Sume org g kuching tapi awak duk hospital plk..uhu). As a conclusion, toothpaste ni cuma bertujuan untuk mengurangkan sakit gigi korg tuh before berjumpa dentist bukan penyelesaian kepada sakit gigi. Sila paham ye. Moral of the story, jika sakit gigi berdatinglah dengan dentist anda. Jangan takut kerana dentist cuma berminat dengan gigi berlubang bukan lubang hidung anda



p/s: Entri ini bukan bertujuan untuk memburukkan produk ini tetapi untuk memberi pendedahan kepada pesakit gigi tentang keburukan sekiranya mereka enggan berketemu dentist.


p/ss: Sekiranya anda enggan mendengar nasihat saya tadi anda mungkin ada bertemu dengan org di dlm pic di atas. So beware of this Makcik Nurse Berangin Kuskus.

No comments:

Post a Comment