Thursday, February 3, 2011

Ariel Peterpan Kena Penjara, Luna Maya Menangis


Maunya tak menangis. Boyfriend tercinta tu wey. Kalau saya pon mau meraung. Kesian Luna Maya. Saya minat dia tau. Owh. Sungguh kesian mereka harus berpisah sebab Ariel telah dijatuhkan hukuman penjara 3 tahun 6 bulan dan denda 250juta rupiah. Sebagai seorang rockstar denda sebanyak tu takde masalah sangat kot tapi tempoh penjara tu agak lama jugak tu. Sabar ye Luna, lepas 3.5 tahun nanti baru awak boleh kawen dengan Ariel. Itu lah kenapa tak nak kawen awal-awal. Tapi rasanya hukuman tu cuma tinggal 2 tahun 11 bulan je kot sebab Ariel kan dah kena tahan hampir 7 bulan dalam tempoh siasatan. 


Saling berbagi sokongan. owh. sungguh sweet.


Mungkin ada yang tak suka dengan apa yang saya cakap. Tapi saya tak kesah sebab semua manusia pernah buat silap. Mungkin ini masa mereka masa kita entah bila. Saya salute dengan Luna Maya sebab walau kecoh orang mengeji dia tapi dia tak 'amik pot' pon. Orang tak bagi dia keluar TV dia still buat bisnes. Bila ada ruang dia keluar TV balik. Memang malu bila terjebak dengan kes ini tapi dia sangat tough meneruskan kehidupan dia. Dia mempunyai fighting spirit yang sangat tinggi. Mungkin sebab jalan kehidupan dia yang terpaksa berdikari sejak berusia 12 tahun setelah kematian bapak dia. 



Mungkin ada yang cakap dia tak tahu malu sebab video 'tak sepatutnya' itu dah tersebar tapi still nak tunjuk muka kat public. Bagi saya anything happen but life must go on. Perkara itu telah terjadi. Kita tak mampu melupuskan semua ingatan manusia lain tentang hal panas ni tapi apa yang perlu cuma jalani kehidupan yang baru. Saya percaya ada hikmah di sebaliknya. 

Mungkin juga ada yang cakap dia ni cuma pura-pura setia sebab nak meraih simpati. Saya rasa tidak. Kalau berpura-pura kenapa dia nak couple balik lepas Ariel divorce ngan ex-wife dia. Itu namanya cinta sejati. Dah bertahun break tapi bila masing-masing single cinta lama boleh 'on' balik. Si cantik Luna Maya memang mampu menggoda lelaki lain tetapi kenapa dia kembali kepada si duda Ariel kalau bukan kerana cinta. Dan point penting di sini cinta memang harus punya kesetiaan ya!!

Luna Maya, walaupun saya tahu awak takkan baca blog ni tapi kalau baca pon entah paham ke tidak tapi saya harap awak bersabarlah dengan dugaan ini. Pejam celik pejam celik dah 3 tahun. Lepas Ariel keluar terus ajak dia kawen. Silap-silap kalau dia cam baik je boleh keluar awal lagi. Tapi jangan pulak jadi kuroptur macam Gayus Tambunan tuh tau.





Ariel siap cipta lagu khas untuk bagi support kat Luna. Owh. Sungguh romantis sekali. Tapi bila dengar lagu camtu hujan air mata boleh turun secara tiba-tiba. (eh..apsal saya pulak yang emotional lebih nih.? adeh!!) Semoga mereka berdua dapat bersama kembali.




p/s : 
  1. Saya dah lama mengidam jeans Luna Maya for Hardware. Encik Keroro apa kata kita ke Bandung beli jeans tu.? Ke bali pon boleh..Haha..
  2. Encik Keroro, saya juga setia seperti Luna Maya. Awak tak nak cipta lagu untuk saya ke.? Tapi takyah nyanyi laa takot hujan lebat.
  3. Saya nak jadi cantik, tough dan positive thinking seperti Luna Maya tapi boleh ke.?

No comments:

Post a Comment