Saturday, February 12, 2011

Saya Nak Mintak Kerje Cik!!

Agenda Hari Ini : Sesi Meminta Kerja
Tempat : Grand Blue Wave Hotel (Area Stulang)
Tarikh : 12 Februari 2011
Masa : Registration 8.30a.m - 12.00noon (Tapi saya sampai kol 9++..haish!)
Jawatan : Kerja jalan-jalan sambil layan orang
Pakaian : Business Attire - Knee length skirt (Sepatutnya se'vogue' mungkin tapi saya pakai biasa-biasa je.)
Make up : Harus nampak sophisticated (Saya sungguh natural hari ni..)
Requirement : Recent passport photo, Full body length photo, original and copy of CV, certificates and I/C (Semuanya beres..)





Maka dengan semangat yang tak berapa nak berkobar sangat saya telah mempergikan diri ke sesi memintak kerja. Itu pon atas ugutan Encik Tunang supaya segera mendapat kerja sebelum bulan Mac mendatang beserta sokongan adik yang baru pulang dari Jakartah. Preparation yang kurang membuatkan saya rasa kurang yakin walaupun saya dah hafal semua soalan-soalan yang mungkin akan disoal kelak. Akhirnya Encik Tunang menjadi mangsa. Walaupun tau dia sibuk bekerja saya masih meminta dia untuk menjadi driver saya kerana saya pasti dia mampu memberi keyakinan kepada saya.

Seperti yang diharapkan, confident level semakin meninggi saat keluar rumah. Perasaan seperti sudah cukop cantik dah tidak terlalu over. Namun itu hanya sementara sebab bila sampai je kat sana. OMG!! Ramainya yang cun-cun dan handsome. Semuanya speaking London. Hish! Confident level mula menurun. Tapi takpe. Langkah bijak saya duduk di barisan paling hadapan. Konon nak tunjuk memang bersungguh-sungguhlaa kan..Haha.. Kemudian berpura-pura tersangat amat peramah sehingga habis manusia sekeliling ditegur mesra. Sebenarnya saja nak korek rahsia kot-kot diorang dah ada experience kan. Ehe.

Saya adalah candidate yang ke 101. Nombor yang cantik bukan. Harap-harap nombor bertuah. Setelah kematu bontot menunggu disuruhnya pergi lunch. So ini bermakna nama saya yang memula dia akan panggil. Owh Tidak. Saya takdak selera laa nak makan. Tunggu lagi dan bernasib baik sebab orang yang ke 100 dah g makan so saya boleh masuk dulu laa.

Sesi temuduga bermula.
Step pertama ukur ketinggian n timbang berat. Checked! (Mesti lulus punya..)
Step ke2 self introduce. Checked! (Rasa macam ok je. Tapi ada tersasul skit..)
Step ke3 catwalk. Checked! (eh..apsal tetiba cam kekok je nak berjalan nih.?)
Step ke4 skin check. Checked! (Ambik kau semua dia tilik. Back skin pon kau..)

Keputusan : Saya direject. Cis! dah laa malas nak cite lagi dah...........

No comments:

Post a Comment