Monday, April 4, 2011

Anuar Zain Buat Saya Rindu


Sape Anuar Zain tu.? Memang tipu laa kalau cakap tak kenal. Dia ni dari kecik lagi dah ada album dah. Bukan album gambar macam uols tu laa. Album lagu ok! Ala yang budak nyanyi kain pelikat lalalalaa~ kain pelikat lalalalaaa..Haa dia laa tu. Time tu suara kecik lagi tapi sekarang superb abis. Anuar Zain memang the best male singer in Malaysia. Vokal dia toksah cakap laa memang power gile. Handsome pulak tu dan yang paling penting masih single mingle. Aauuww!! (Opss sorry, mode gatal tetiba aktif. Haha). Tapi tak pe. Tak dapat Anuar Zain dapat 'peminat Anuar Zain' pon jadi laa kan. Hehe. Tapi rasanya 'peminat Anuar Zain' dah berpaling tadah pada Faizal Tahir pulak. Jangan berpaling arah dari I sudah. Selain dari vokal yang mantap selalunya lagu dia memang best-best. Lirik pon bukan jenis main bantai. Bait-bait kata memang cun je tersusun. Pendek kata kalau yang jenis jiwang bleh melting bila dengar lagu dia ni. Sebenarnya saya cuma nak cerita masa tengok Anuar Zain perform lagu Sedetik Lebih kat ABPH 2010 tadi tetiba je rindu pulak kat Cik Keroro saya. Saje je melalut dulu tadi. Haha. Sorry followers and readers (budget ramai je readers kan.), jika anda rasa menyampah sila abaikan kata-kata tadi. Mak saya cakap adat orang bercinta memang macam ni asyik nak jiwang-jiwang, rindu-rindu. Ala macam laa uols tak pernah kan. Haha. Supaya cinta terus berada di udara mari kita menyanyikan OST Hikayat Merong Mahawangsa bersama-sama. Jangan risau saya dah sediakan liriknya. Ingat! Harus nyanyi dengan penuh perasaan macam yang biasa anda buat di bilik-bilik karaoke j****n supaya feel tu sampai ke dalam hati. Dan bagi yang lupa melodi mahupon tempo jugak hentikan alasanmu untuk tidak bernyanyi bersama sebab saya turut kepilkan videonya. Tapi disebabkan anda banyak cekadak anda kena nyanyi dalam versi omputeh.


SEDETIK LEBIH - ANUAR ZAIN
Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu 
Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu 
Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa 
Kasihku ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya 
Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu 
Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu


No comments:

Post a Comment