Friday, April 29, 2011

Hidup dan Dugaan

Selagi kita hidup sebagai seorang manusia, kita memang tak kan dapat merangkak lari dari pelbagai dugaan, masalah dan cabaran hidup. Bila bercakap tentang dugaan kita mula membayangkan kedukaan, kekecewaan dan kekurangan diri sehingga kita lupa dugaan juga boleh timbul dalam bentuk kegembiraan, kebahagiaan dan juga kekayaan. Ini kerana segala kelebihan itu mungkin telah melalaikan kita sampai kita lupa untuk bersyukur kepada-Nya. (Iskh..Apsal ayat skema je nih..? Cam ceramah agama lak rasanya..) Ok..Kali ini kita fokus kepada dugaan yang berbentuk kedukaan. Motif ~ sebagai sumber motivasi kepada anda-anda (dan saya sendiri) di kala sedang berhiba bara. Harus diingat dugaan bukan penghujung kehidupan anda ye. Ia cuma sebahagian dari perasa kehidupan. Kira macam Ajinomoto laa. Ala. Time masak ske je taruk benda tu kalo tak pandai pulak korang komen tak sedap laa..tawar laa..Hidup korang pon nak jugak camtu. Baru ada taste kata orang. Bila kita diduga jangan laa asyik nak tuding jari menyalahkan orang lain mahupun takdir. Dia tak bersalah dik oi. Cuba anda-anda ni amik masa sekejap untuk berfikir sikit. Muhasabah diri laa kiranya. Try recall balik apa yang anda-anda ni dah pernah buat dulu. Boleh jadi kesedihan itu berpunca dari kesilapan mahupun dosa-dosa anda yang silam. Dengan kata yang mudah faham .."Ambik kau..Dulu ko buat orang camtu sekarang dah berbalik kat ko..Padan muka..". Moralnya jangan sakiti hati orang lain jika anda tidak mahu sakit hati. Kalo anda-anda rasa macam "eh..aku mana ada sakitkan hati orang tapi kenapa aku diberikan kekurangan dan kecewa camni..?"..Ok..Cuba anda fikir kenapa anda dijadikan sebegitu. Let say laa kan anda bermata juling, (maaf saya tak berniat menghina) tapi anda macam takleh terima takdir tu dah sering menghiba lara kan hati disebabkan kekurangan itu. Pernah tak anda terfikir, sejuling-juling itu anda masih mampu curang dengan BF anda tapi kalau anda sempurna entah bagaimana lebih lagi benda yang anda boleh buat bukan. So belajarlah untuk terima segala kekurangan itu sebagai brick wall untuk ada melakukan dosa-dosa yang lebih besar. Itulah yang dinamakan hikmah sebuah kejadian. Andai kata dulu kita kaya tapi tak semena kita susah. Jangan pula kita salahkan kerajaan naikkan harga minyak dan tol. Mungkin kita yang terlalu boros. Andai kata dulu anda cantik rupawan tapi tetiba naik jerawat batu berketol-ketol. Jangan salahkan muka tapi anda tu yang berlagak nak pakai SKII padahal pakai Safi Rania Gold pon dah cukop cantik. Lagi taknak bersyukur. Jika dulu suami anda romantik tapi sekarang asyik menjentik. Usah merajuk tak tentu hala. Mungkin anda yang kini 'plastik'. (Amboi..sedapnya cakap..macamlaa ko dah kawin ek..Haha)..Oleh itu dapatlah disimpulkan bahawa dugaan itu bukanlah kedukaan yang harus terus diratapi. Tapi sebagai satu proses pembelajaran dalam kehidupan yang memerlukan otak kita bekerja dengan akal fikiran yang  waras. Juga harus diingat Dia Maha Mengetahui. Dia takkan menguji lebih dari kemampuan diri kita. So kita harus kuat untuk menghadapi setiap ujian-Nya. (Tengok..dah jadi skema balik..Layan je laa..) Ok..Jom kita nyanyi lagi. Kali ni lagu 'Tiada Duka Yang Abadi'..Tajuk cam dah kena kan. Cun laa tu..

No comments:

Post a Comment