Saturday, April 2, 2011

Bila Saya Cuba Berpolitik

Politik memang bukan bidang saya. Oleh itu, saya bukan nak story pasal politik tapi cuma berkongsi experience kesan ter'join' nya saya dalam aktiviti politik parents saya. Topik ini bukan untuk bercerita tentang parti mana yang memang berjuang untuk rakyat atau parti mana yang merosak bangsa. Saya juga bukan nak berhujah tentang politik mahupun membincangkan isu-isu politik semasa tanah air. Sebab kita kini berada di Malaysia, sebuah negara demokrasi yang memberi hak kepada semua rakyat untuk membuat pilihan. Di mana semua orang berpeluang menentukan siapa yang mereka mahu untuk dipertanggungjawabkan memikul tugas negara.

Semalam bila mana orang sibuk dengan perlawanan Liga Super Kelantan lawan Harimau Muda A, bila makcik-makcik sibuk memilih menantu dari calon Imam Muda di Astro Oasis dan bila mana gegak gempita gelak Cik Keroro saya menonton program Maharaja Lawak, saya pula cuba untuk menyibukkan diri dengan berpolitik. Manakala tau kan kot-kot nanti tersangkut pulak bakat politik Mama & Abah tu kan. Silap-silap I jadi Ahli Parlimen nanti jangan terkejut pulak. Haha. (Layak ke.?) Actually, malam tu merupakan malam Perasmian Persidangan Tahunan UMNO Cawangan Berkelompok. Tak guna bercakap banyak lebih-lebih lagi kalau kita taktau pape, ayuh kita lihat gambar-gambar yang dicuri snap pada malam itu.


Merah di mana saja mungkin sebagai tanda sokongan mereka

Sebelum start persidangan harus lapor diri dulu. 

Ok. mari kita mula bersidang

Macam ramai perempuan je ni

Setiausaha Perdana Menteri merangkap Ketua Bahagian Kota Bharu

Kenapa ayah saya berada di luar.?

Sekarang meeting peringkat cawangan pulak

Puteri dari cawangan Desa Sri Telipot

Makan juga termasuk dalam acara persidangan

Lihat. Saya juga ada baju merah seperti mereka

Saya sudah daftar mengundi. Anda bila lagi.?


** p/s : Walau apa pon pilihan anda jangan pernah lupa tentang jasa dan pengorbanan pejuang politik terdahulu yang memerdekakan negara kita. Hormatilah parti yang memberikan kebebasan kepada negara kita walau kini ia bukan lagi pilihan anda. Tanpa mereka anda mungkin tidak merasa nikmatnya hari ini.

No comments:

Post a Comment