Thursday, January 20, 2011

Arundina Buah Hati Baru Abah


Siapa pulak Arundina.? Cam bagus je kau nak ngorat abah aku ek.. Mentang-mentang sejak dua tiga menjak ni abah selalu take care pasal kau, bagi kau makan vitamin bebanyak kau nak ngorat abah aku pulak ek. Abah aku dah kasi kau tempat berteduh yang cukop redup tuh kau tak puas hati lagi ke.? Nak rumah baru pulak. Kau memang dah melampau ye. Kulit dah laa color purple kalau color biru macam Neytiri dalam citer Avatar tu cute laa jugak. Dahlaa tu obvious gile nampak urat berselirat je. Ape.? Tak percaya. Iye. Memang betul kulit dia color purple. Aku dah tengok dengan mata kepala aku sendiri. Walaupun mata aku rabun tapi aku tak rabun warna tau. Tak percaya jugak. Moh kita tengok gambor dia.


Kulit dia memang color purple dan jelas kelihatan urat. Mungkinkah sebab dia overdose botox.?

Eh. Dah-dah laa gosok bijik mata korang tuh. Betolkan aku cakap. Kulit dia color purple korang tak nak percaya. Ape.? Tak puas hati.? Nak tengok gambar lain. Ok.. Ok..Disebabkan yang tadi gambar close up so kali ni kita zoom out skit.





Wajah sebenarnya Cik Arundina

Ya. Cik Arundina adalah spesis bunga orkid ye adik-adik. Arundina ni kira nama glemer dia laa. Kalau dalam I/C nama sebenar dia Arundina Graminifolia. Mantap kau. Disebabkan berbelit-belit lidah nak nyebut nama beliau, so orang kampung panggil cik Orkid je laa. 


Full body laa pulak

Actually, cik Arundina buah hati abah ni dulu takde laa cun dan seglemer sekarang ni. Dia cuma tumbuhan buangan nursery kat Bandar Utama tu je. Daddy yang kebetulan lalu kat situ tengok si Arundina ni terbuang je cam kesian laa pulak kan. So dia amik then bawak laa si Arundina ni berhijrah ke Kota Bharu dan kemudian dititipkan kepada abah. Maka bermulalah detik-detik percintaan abah dan cik Arundina.


Sekumpulan Arundina

Walaupun cik Arundina ni dibuang kerana dipercayai berpenyakit tapi abah tetap sudi merawatnya. Daripada botak tak berbunga kini cik Arundina mampu tersenyum ceria. Hasil perawatan abah, cik Arundina berjaya berbunga kembali walaupun hanya berberapa kuntum je. Selain itu, cik Arundina juga berjaya membiak dengan jayanya. Kalau dulu cuma ada 1 pasu tapi sekarang sudah berpasu-pasu generasi cik Arundina.


Arundina bergantungan

Arundina abah ni takde laa hebat mana sebenarnya sebab hanya dua pasu je yang berbunga. Yang lain botak je. Dengar-dengar abah nak wat pangkin sebagai rumah baru untuk kesemua cik Arundina sebab kesian tengok diorang kena tumpang berteduh bawah pokok rambutan je. Dah jadi macam taman bunga laa belakang rumah abah aku nanti. Kau ada.?

No comments:

Post a Comment