Thursday, January 13, 2011

Berbuah-buah Anak Buah

Ini bukan cerita pasal buah epal atau buah tembikai mahupun buah tomato. Tapi cerita pasal anak buah atau anak sedara atau jugak dikenali anak menakan. Anak buah bermaksud anak kepada adik beradik anda tak kiralah anak kakak ke anak abang ke atau anak adik anda ye.


Bercerita tentang anak buah, saya sendiri sudah mempunyai 10 orang anak buah. Cukop untuk menggamatkan rumah di kampung halaman. Bilangan ini mungkin tak seramai mana tapi ia sudah cukop untuk mengkempiskan poket bila raya menjelma. Pengalaman pertama mendapat anak buah bukanlah suatu yang agak mengujakan memandangkan masa tu umor baru je 11 tahun. Gap antara saya dengan kakak sulong memang cukop besar. (13 tahun kot.) Time tuh rasa macam ' eh btol ke aku dah jadi mak sedara nih.? muda lagi weh.? kanak-kanak lagi kot mana bleh.' haha. Cam klakar je. Takleh terima kenyataan laa tuh sebab terasa macam akan berubah jadi tua serta-merta dengan pangkat 'mak' sedara.




Tapi setahun kemudian bila dah kuar lagi sorang maka terpaksa jugak terima kenyataan yang saya memang sudah menjadi seorang mak sedara walau usia masih kanak-kanak. Time tuh dah sedar laa kiranya yang pangkat mak sedara hanyalah sekadar pangkat dan saya takkan berubah memang tua selagi bukan waktunya. Saya still lagi boleh bermain-main seperti kanak-kanak lain malah saya jugak boleh ajak anak sedara saya bermain bersama. Bukan semua orang bleh wat camtu tau so saya memang pada bangga sebab punya anak buah di usia kanak-kanak. Kini anak-anak buah saya jugak telah menjadi partner in crime saya. Kami tidak melakukan jenayah besar tapi yang kecik-kecik je.



Kepertama - Nadia Amira
America's next top model katanya. (duk Malaysia je pon camne nak dapat weh). Beliau suke memasak dan seorang penjemur baju yang bagus.
Sila klik untuk blog beliau.
(p/s: saya memang sengaja letak pic masa awak berambut panjang supaya hati luluh mengenangkan rambut yang telah dipotong kejam. haha)



Ke2 - Nadia Adlina
Kaki melaram, tukang sapu rumah yang rajin dan suka mandikan adik bongsunya
Untuk blognya klik di sini. 
(p/s: asyik gaya mulut itik je takde gaya lain ke.?)



Ke3 - Nadia Amelia
Kalau ikut turutun anak sedara saya dia no 4 tapi sebab dia anak kakak saya yang sulong jadi kita cerita hal dia dulu ye. Dia paling susah nak bergambar. Malu la konon. Ceh! Sangat suke dengan baju yang legging yang dipakai di dalam gambar tersebut. Agaknya hari-hari pakai yang sama pon takpe ek.
(p/s: amik ko.! susah sangat nak bergambar aku letak pic bertowel versi sopan. haha)



Ke4 - Nadia Azalea Amanda
Seorang berambut kerinting dan montel. Jugak agak manja maybe sebab paling bongsu sekali. Nama paling panjang nak compare kakak-kakak yang lain sebab mak dan ayah dia berebut nak letak nama pilihan memasing. Maybe takot nanti dah tak dapat anak perempuan lagi so decide combine je nama pilihan diorg.



Ke5 - Alya Syauqina
Anak sulong kepada kak angah saya. Paling cun sebab ada banyak tahi lalat kat muka tapi cukop marah bila orang samakan dia dengan Sharifah Aini. Seorang yang sangat-sangat family type. Kenapa saya cakap macam tu.? Sebab dia tak boleh tido kalau family member (parents & adik2 dia) tak cukop dengan kata lain dia tak boleh berpisah dengan family dia.
(p/s: pic ni mungkin kelihatan agak pelik macam duk atas bumbung rumah je kan tapi sebenarnya dia tengah buat aksi melompat ye.)



Ke6 - Alya Sharafana
Anak kak angah yang kedua ni jugak seorang kaki melaram. Dia memang pantang jumpa make-up, tudung atau apa saja accessories tau je dia nak bergaya. Dia jugak berpotensi jadi cikgu macam mak dia sebab dari kecik lagi dah berlatih main cikgu-cikgu.
(p/s: Apsal mata kuyu je.? Ngantok ke.?) 



Ke7 - Alya Sofea
Budak ni nampak je kecik tapi dia paling otai. Yang lain memang kalah dengan budak kecik ni. Dia ni kekadang macam mak nenek sebab suke membebel. Walaupun lahir di Pahang tapi bila bercakap memang dialek Kelantan pekat. Yang duk Kelantan pon tak macam dia ntah mane laa dia blaja.



Ke8 - Ahmad Afif
Anak orang putih.? Tidak. Dia anak orang melayu. Mak dia melayu bapak dia pon melayu. Sekali tengok memang macam anak mat saleh kan. Dahlaa kulit putih rambut pulak perang. Masa lahir pon doc dan nurse asyik tanya kak angah saya bapak dia ni orang putih ke. Malangnya bapak dia bukan orang putih kulit pon kaler coklat orang Malaysia je. Anak lelaki kak angah yang sorang ni memang menjadi pujaan ramai maklum laa sebab putih kan sampai cu pon ngaku anak dia. ^_^



Ke9 - Muhammad Alief
Gaya memang macam mafia (mungkin pengaruh bapak dia) tapi penakut dengan lipas. Cucu lelaki sulung yang paling dinantikan neneknya pada satu ketika dulu. Dia sangat minat dengan semua jenis cartoon kat TV tu. Otak dia memang cepat pick up. Sekali dengar je dah boleh nyanyi ape-ape je lagu walau dalam bahasa jepun sekali pon. Kebolehan dia memang sesuai dengan cita-citanya nak jadi angkasawan. Tapi sayangnya dia nak jadi angkasawan cuma sebab nak kawin grand macam Sheikh Muzaphar tu je bukan sebab nak ke space. Ehehe



Ke10 - Nur Aliesya
Paling rapat dengan atok dan neneknya. Walaupun dia lebih tua dari 'orang putih' tapi badan dia lebih ringan dah lebih kecik. Tapi dia paling banyak makan. Agaknya metabolisme badan dia memang tinggi kot. Jugak sama macam abang dia cepat pick up. Mudah faham ape yang orang cakap cuma blom pandai nak bercakap lagi. Minat muzik jugak tapi bukan menyanyi macam abang dia tapi menari. Pantang dengar muzik terus head banging. Dengar orang berzikir pon boleh head banging. Haha.



Ke11 - Coming soon.!

No comments:

Post a Comment