Sunday, January 23, 2011

Bakal Suami Saya Seorang Workaholic

Encik Keroro adalah seorang jurutera. Beliau bekerja di sebuah syarikat pembinaan swasta. Kini beliau bertugas di sebuah site di Pasir Gudang. Beliau memang sangat komited yang amat terlampau terhadap kerja beliau. Beliau boleh bekerja 7 hari seminggu tanpa cuti. Walaupun beliau cuti beliau sering menge'call' pekerja bawahan beliau untuk bertanyakan perkembangan kerja beliau. Beliau juga sering pulang lewat ke rumah kerana terlalu sibuk dengan kerja. Beliau juga jarang-jarang balik ke kampung kerana jarang cuti. Lagi pula, kampung beliau agak jauh jadi tidak berbaloi kalau cuti 2-3 hari nak balik kampung. Menurut kata beliau kalau cuti seminggu baru puas. Kalau cuti 2 hari belum sempat hilang penat driving dah kena balik JB. Pernah sekali beliau mendapat MC selama 3 hari tapi beliau cuma cuti 1 hari sahaja. Hari ke-2 beliau sudah kembali bekerja. Jikalau hari ahad merupakan hari yang paling didambakan oleh semua pekerja tapi bukan bagi encik Keroro. Beliau akan tetap pergi ke kerja. Walaupun begitu, beliau akan pulang lebih awal pada hari tersebut.







Kalau bercakap tentang projek binaan, beliau memang eksen. Nak projek yang besar-besar, juta-jutaan je. Kononnya baru mencabar laa. Setakat buat sekolah 2-3 blok tu kalau dia yang handle seminggu je dah siap katanya. Ye laa tu. Padahal tak pernah handle pon kan. Saya kira perkara 'eksen' ini berlaku kerana sebaik sahaja beliau grad, beliau terus terlibat di dalam projek-projek besar. Sebagai contoh projek pertama beliau iaitu Projek Loji Kumbahan Jelutong. (Eh..Ye ke yang tu.? Btol laa kot..) Loji bukan sebarang loji tau. Loji terbesar di asia tenggara i cakap u. Haha. Kemudian beliau bertukar tempat kerja baru dan projek permulaan sebuah bus station sementara di Kota Tinggi. Kira dapat projek kecik sikit laa. Owh..saya sangat suka time nih kerana beliau sudah bertukar ke Johor dan tidak lagi perlu berulang alik setiap weekend untuk berdating. Walaupun beliau di Kota Tinggi tetapi setiap malam beliau ke UTM untuk makan malam bersama..Sungguh terharu..Opss..keluar topik pulak..Sila kembali ke pangkal jalan. Beliau baru sahaja menjayakan sebuah projek kilang paip minyak dan gas milik syarikat ter'famous' Perancis. Yang ni pon nak terbesar jugak. Kilang ini dikatakan yang paling besar di Asia Pasifik. Ambik kau. Patutlaa time projek ni dia selalu balik lambat. Ini bukan jutaan lagi, sudah billionan dah. Kayo pakcik ni nanti. Buleh order nissan grand livina grey sebijik. Haha..(Saya sudah mention secara spesific tu. Ini menunjukkan memang sangat ingin memiliki. Sila take note!) Namun itu sayang semua khayalan. Yang kaya cuma bos dia aje.



Kenapa encik Keroro sangat workaholic.? Kerana beliau bercita-cita untuk menjadi pengurus projek menjelang awal umor 30an. Harap-harap menjadi kenyataan sebab jika beliau naik pangkat gaji pon naik. Bila gaji naik dia akan kaya bila dia kaya saya juga boleh tumpang kaya..haha.. Saya pula sering menyuruh beliau mencari kerja di luar negara. Bukan untuk tujuan bermegah-megah tinggal di luar negara tapi bagi memperoleh pendapatan yang lebih lumayan untuk keluarga kami nanti selain beliau boleh mencari pengalaman yang lebih di negara orang. (Sebenarnya saya yang nak pergi sangat sebab konon boleh men'fluent'kan english saya. Haha..Boleh ke camtu.?) Kata beliau, buat masa sekarang beliau belum mahu bekerja di luar negara lagi kerana ingin mengejar post manager itu. Jika sudah jadi manager baru perkara ini dibawa ke tengah. Bilakah itu.? Maknanya saya harus menunggu lagi.



Satu perkara lagi yang boleh mengkelaskan encik Keroro sebagai seorang workaholic ialah apabila setiap kali keluar makan mahupun bersukan beliau pasti akan keluar bersama rakan sekerja beliau. Seterusnya topik perbualan juga tidak lari dari hal-hal kerja. Hal ini kadangkala menimbulkan perasaan bosan kepada saya. Apa boleh buat kerana dia bakal suami jadi saya harus terima. Selain itu saya juga harus reda bila setiap kali perbualan kami akan diselangi dengan panggilan-panggilan kerja beliau. Hampir setiap kali henpon beliau berbunyi adalah panggilan mengenai kerja, kerja dan kerja beliau. Harapan saya semua itu hanyalah panggilan kerja sahaja bukan panggilan rindu bayangan. Kerana panggilan rindu bayangan beliau adalah milik saya.

No comments:

Post a Comment