Thursday, January 6, 2011

Hantaran Kawin Makin Tinggi.?

Kalau cerita bab kahwin ni memang seronok. Kepala otak pon mula laa nak berangan macam-macam. Nak tema cam fairytale la nak cam kesultanan melayu dedulu laa. Maklum laa kahwin bukannya selalu kan. Sekali seumur hidup je lebih-lebih lagi belah pihak perempuan. (Tak termasuk orang-orang yang berstatus J & D yang kahwin lagi..) Tapi kalau cerita bab duit hantaran memasing mula laa nak berdebat. Konon pihak perempuan suka sangat nak letak duit hantaran tinggi macam nak jual anak je. Silap-silap ada jugak pihak lelaki yang mintak diskaun. Apa diorang ingat macam beli sayur kat pasar ke.? Dah ko nak kahwin ngan anak dara orang tuh ikot je laa. Bagi aku duit hantaran yang parents sekarang mintak bukan nya mahal tetapi mengikut kedudukan pasaran semasa. Bila diorg compare ngan amount duit hantaran sekarang dengan amount 20 tahun dulu memang laa jauh beza. Sebenarnya kalau difikirkan memang ada rasionalnya parents perempuan letak duit hantaran camtu. Bukan sebab aku perempuan tapi mengikut faktor-faktor tertentu macam:


  1. Kos belanja persiapan perkahwinan yang meningkat mengikut pasaran semasa.
      • Sewa khemah/dewan - Duk kampung boleh laa sewa khemah tapi kalau duk umah kuih lapis (flat/apartment) mau nya kena sewa dewan. Paling common balairaya kat kawasan perumahan
      • Katering - Orang sekarang ni dah jarang sangat nak rewang. memasing sibok cuma nak datang makan kenduri je. Apa tu rewang pon mungkin ada yang tak tau
      • Baju pengantin dan Mak Andam - Time ni laa nak tengok kecantikan dan ketampanan sebenarnya pengantin. Takkan time kahwin pon nak pakai uniform keje kot.
      • Kad Jemputan dan Doorgift - Dah tujuan kenduri pon untuk menghebahkan perkahwinan, kalau tak bagi kad jemputan mana laa orang tau kenduri ko. Dan untuk appreciate kedatangan para tetamu kena laa bagi buah tangan skit.
      • Pelamin - Kata raja sehari. Raja mestilaa ada singgah sana nya. Sehari tu je pon ko boleh merasa naik takhta, lain kali takde dah. So pilih lah singgah sana korang tu yang cantik-cantik skit.
      • Jurugambar/Video - Ini penting untuk kenangan masa tetua nanti boleh tunjuk kat anak cucu. Kalau bergaduh laki bini ke nanti boleh jugak dijadikan bahan untiuk memujuk. Bila tengok kebahagian masa lalu takkan nak merajuk lelama kot. 

  2. Takut kena fitnah

      Kekadang orang melayu ni pelik sikit. Kalau parents letak duit hantaran sikit ada pulak mulut jahat yang berbunyi konon anak dara tu dah rosak or may be tertangkap basah. Konon bila harga rendah akan memudahkan pihak lelaki bagi mempercepatkan perkahwinan mereka. Nak pulak kalau si anak dara tu berpendidikan tinggi atau keje jawatan tinggi. Kesian pihak lelaki pulak tak pasal-pasal yang kena effect



    1. Anak dara bukan barang 2nd hand

      Ada pulak segolongan parents ni letak duit hantaran kawin tinggi alasannya sebab anak mereka masih dara dan bukan barang 2nd hand. Nak pulak kalau si anak dara tu anak perempuan tunggal. Kira special laa kan. Kekadang ada jugak parents yang letak harga tinggi pada anak sulung konon tak pernah organize kenduri so main sebut je berapa. (Boleh ekk camtu.?) Bagi yang anak bongsu pon ade jugak reasonnya kenduri kawin terakhir dalam family so budget kena laa lebih sikit.

    2. Menduga kesungguhan bakal menantu

      Duit hantaran ni jugak sering dijadikan bahan ujian untuk menduga kesungguhan bakal menantu. Bila bakal menantu berjaya menyediakan amount yang diminta bermakna dia memang bersungguh-sungguh nak menyunting si anak dara. Parents pon senang hati nak melepaskan si anak dara sebab nampak macam si teruna mampu nak menanggung kehidupan si dara tambah pulak kalau yang jenis kaki shopping atau kaki melaram.


    3. Supaya si teruna lebih menghargai si dara
      Zaman sekarang ni banyak sangat kita dengar kes-kes penceraian. Baru kawin 2-3 bulan dah bercerai-berai dan hal ni memang cukop merunsingkan parents especially belah pihak perempuan. Maklumlaa kuasa talak duk kat tangan lelaki. Pada pendapat aku kalau kita saling menghargai satu sama lain penceraian ni tak mungkin akan berlaku. (kecuali kalau dah ketentuan Yang Maha Esa laa kan.) Aku rasa tak salah kalau parents perempuan letak duit hantaran tinggi sikit baru laa pihak lelaki belajar untuk lebih menghargai bakal isterinya nanti. Nak-nak pulak yang memang jenis berkira bab duit ni. Memang tak laa kan. Hehe. Bagi yang nak berlaku curang pon mungkin berfikir banyak kali. Yelaa. Dah berbelas ribu berhabis untuk bakal isteri takkan sesenang je nak cerai pastu nak kawin lain pulak. Kena kumpul lagi berbelas ribu. Memang tak berwawasan laa.


    4. Tanda penolakan
         Adat orang melayu ni memang bukan jenis outspoken, cakap suka berkias-kias. Bukan apa takut nanti tersalah cakap ada pulak yang tersinggung. Macam kes Puteri Gunung Ledang yang mintak benda-benda pelik tu. Takkan laa si parents perempuan ni nak mintak hati nyamuk jugak kot. Silap-silap nanti satu kampung boikot family diorg sebab ingat diorg sewel pulak. So bila diadaptasikan mengikut kesesuaian zaman sekarang ni, ada parents yang sengaja letak duit hantaran tinggi melangguk supaya pihak lelaki paham-paham sendiri laa yang pinangan mereka ni sebenarnya ditolak mentah-mentah. Tapi kalau si lelaki tu still mampu nak sediakan duit hantaran tu jugak maknanya parents perempuan memang kena berterus terang laa jugak.




      Kesimpulannya, jangan la cepat melenting kalau bakal mentua anda letak duit hantaran agak tinggi. Mungkin ada sebab musababnya. Sila kaji terlebih dahulu. Bagi parents perempuan pulak agak-agak laa bila nak letak duit hantaran biarlah mengikut kemampuan bakal menantu tapi nanti anak kita jugak yang susah kena kejar ngan hutang. ^_^






        No comments:

        Post a Comment