Wednesday, January 12, 2011

Menunggu Pagi

Apa yang terjadi dengan hatiku
Ku masih di sini menunggu pagi
Seakan letih tak menggangguku
Ku masih terjaga menunggu pagi

Entah kapan malam berhenti
Teman, aku masih menunggu pagi

Malam begini
Malam tetap begini
Entah mengapa
Pagi enggan kembali





Adeh. Jiwang pulak pepagi buta nih. Aksi ini memang selalu terjadi bila kepala sudah weng tapi mata belum mau rela bertukar watt. Hai mata sekarang dah pukol 4 pagi kenapa awak masih lagi cerah terang seterang spotlight di Stadium Bukit Jalil time final Suzuki AFF Cup tempoh hari. Sila laa tido supaya badan saya mendapat rehat yang secukupnya secara tidak langsung impian untuk mendapat kulit yang sehat akan tercapai. Hai mata tolong bertolak ansur dengan otak yang merayu-rayu kepenatan. Hai mata lelaplah sekarang agar esok tidak kesiangan maka tiadalah kerisauan sang bonda kerna sang anak selalu bangun bila matahari tegak berdiri. Hai mata berehatlah sebab esok lebih memerlukan khidmatmu. Hei mata pegi tido laa jangan degil boleh tak.!

No comments:

Post a Comment